Tuesday, November 22, 2016

PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2016

Tarikh : 16 Novenber 2016
Masa : 10.45
Temat : Dewan Gemilang

Hari ini merupakan hari bersejarah, bukan sahaja buat warga SK Pekan Jaya malahan seluruh Malaysia digemparkan dengan keputusan UPSR yang dikatakan luar dugaan. Pelbagai spekulasi dan ulasan pelbagai pihak tentang perkara ini, namun hakikatnya inilah kesan dari transformasi pendidikan yang diwar-warkan KPM sejak pelaksanaan KSSR 6 tahun  dahulu. Bersedia atau tidak, hari ini pasti akan tiba, dan anak-anak kita pasti akan terlibat dalam sistem yang mengalami perubahan ini. Walaupun ianya pahit untuk ditelan namun kenyataan bahawa keputusan akademik semata-mata tidak cukup menjamin kecemerlangan murid secara keseluruhan harus diterima dengan hati terbuka. Itulah merupakan intipati falsafah pendidikan kebangsaan yang mengutamakan keseimbangan murid dari segenap aspek. Apa pun, tahniah kepada semua warga pendidik, murid ,PIBG dan ibu bapa yang telah memainkan peranan penting dalam membangunkan anak-anak SK Pekan Jaya. Semoga keputusan ini menjadi titik tolak kepada kecemerlangan yang lebih hebat pada masa akan datang. Tahniah dan syabas....muah ciked

Semua perlu berlapang dada dan menerima perubahan...

 Guru Besar bersama 2 orang murid cemerlang yang 
mencapai 6A dalam UPSR 2016.
Kecemerlangan akademik dan juga Tokoh Nilam Kebangsaan menjadi taruhan 
Nur Alyaa Zaheeda Kamarulzaman untuk membentuk masa depan yang gemilang. Berakhlak mulia, berketrampilan dan menghaormati guru, Alyaa juga Ketua Murid (Perempuan) SK Pekan Jaya. Tahniah. 
Nadhil Alias. Bukan sahaja cemerlang 6A. Beliau juga merupakan pemenang 
pelbagai pertandingan golf MSSM peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Selain berakhlak terpuji, beliau juga Ketua Murid (Lelaki) Sekolah. Juga cemerlang bidang Pendidikan Islam dan Jawi.  Di kala Admin menaip post ini, Nadhil sedang membawa cabaran sekolah dalam Pertandingan Coding@School Peringkat Kebangsaan di Putrajaya.


 Tak dapat menahan linangan air mata..sebahagian kerana gembira, 
sebahagian besar yang lain kerana sedih..





 
 
 Sebahagian ibu bapa yang hadir..memberi galakan moral kepada anak-anak..



 Ucapan Guru Besar..


No comments:

Post a Comment