Wednesday, March 30, 2016

TRAINING SESSION ON SOLAR PV SYSTEM

Tarikh : 24 Mac 2016
Tempat : Bilik Mesyuarat
Penglibatan : Guru Panitia Sains  dan 30 orang murid Kelas 5 Intelek

Syarikat yang mengendalikan pemasangan panel solar di SKK SK Pekan Jaya iaitu Solfocus Sdn Bhd telah melaksanakan satu taklimat berkaitan keperluan tenaga solar serta bagaimana ia dijana khususnya di sekolah ini. Buat makluman, SKK SK Pekan Jaya telahpun dipilih sebagai salah sebuah sekolah yang berjaya mendapat sumbangan panel solar yang merupakan salah satu projek KETTHA. 30 orang murid mendapat manfaat dari taklimat ini serta dapat melihat dan menyentuh sendiri contoh-contoh panel solar yang berbeza.

Anda boleh klik di link di bawah ini untuk ke website yang menunjukkan tahap penggunaan tenaga solar oleh sekolah-sekolah seluruh Malaysia termasuk sekolah ini. 

Sila klik  di sini : GREEN SCHOOL CAMPAIGN SKK SK PEKAN JAYA







 Cikgu Nadzmi selaku KP Panitia Sains mempengerusikan sesi taklimat.



 Mr. Roger Chin@Firdaus memberi taklimat.

 Guru Panitia Sains yang terlibat.



 Pelbagai panel solar dibawa sebagai bahan maujud.

 Taklimat oleh YM Tg. Ahmad Nasron ( Project Crew Leader )

 Majlis penyerahan Modul Panduan Penyelengaraan Panel Solar.

Tuesday, March 29, 2016

PROGRAM JELAJAH RESENSI BUKU TOKOH NILAM NEGERI PAHANG 2016

Nur Alyaa Zaheeda Kamaruzzaman membanggakan warga SKK SK Pekan Jaya kerana telah terpilih sebagai tokoh nilam Negeri Pahang Tahun 2015 dan mewakili Pahang ke peringkat kebangsaan pada tahun ini. Bagi memantapkan lagi persediaan beliau serta pada masa yang sama dapat berkongsi input berguna dengan rakan - rakan pelajar, satu program Jelajah Resensi Buku Tokoh Nilam telah diadakan dengan kerjasama BTPN, PKG, PPD serta dua sekolah terlibat iaitu SKK SK Pekan Jaya     ( Tokoh Nilam Bahasa Melayu)  dan SBT SK Seri Biram ( Bahasa Inggeris ). Cikgu Hazrul Hafiz merupakan guru yang bertanggungjawab ke atas perjalanan program ini dan sentiasa bersedia memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada tokoh ini. Syabas dan berusahalah. Kami sentiasa mendoakan kejayaan kalian. 



 Resensi buku U-Turn Ke Jalan Yang Lurus dalam mesyuarat Agung PIBG 
SKK SK Pekan Jaya baru-baru ini.

 Tokoh NILAM Negeri Pahang kebanggaan kami.

 Jelajah Resensi di SK Seri Terentang.


 Nur Alyaa di SBT SK Seri Biram.

SJK (C) Pekan



Resensi Buku di SK Kg. Belukar, Kuantan ( 23.03.2016)



Program di SMK Sg. Soi ( 23.03.2016 )

Rakaman video 'HARAPAN TOKOH NILAM' untuk Anugerah tokoh Nilam Kebangsaan.
( 23.03.2016)


Resensi di SK Kota Perdana  ( 24. 3.2016 )


Alyaa Zaheeda di SK LKTP Chini Timur 1 ( 24.03.2016 )

Terus menyumbang bakti di SMK Chini. ( 24.03.2016 )

SK Chini 1& 4

Jemputan ke Hari Perasmian KM1M di SK Tg. Medang pada
 04 April 2016

MINGGU PPDA SK PEKAN JAYA 2016

Tarikh : 28 Mac - 2 April 2016

Setiap tahun SKK SK Pekan Jaya pasti akan melaksanakan minggu PPDA yang bertujuan memberikan kesedaran kepada murid tentang bahaya dadah dan merokok. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang minggu dengan melibatkan semua murid dan guru. Pelancarannya untuk tahun ini dilaksanakan pada hari Isnin 28 Mac 2016 oleh Guru Besar Pn Hjh. Ummi Kalthum binti Abu Bakar. Berikut adalah koleksi rakaman sepanjang minggu berkenaan.

MAJLIS PELANCARAN ( 28 MAC 2016 )
 Cikgu Mazlina Penyelaras PPDA Sekolah menyampaikan ucapan dan taklimat.








 Ucapan perasmian oleh Guru Besar


 Sebahagian daripada guru yang terlibat.

 Gimik perasmian.


 Deklamasi sajak oleh Adik Najlaa Allyaa


PERTANDINGAN MEWARNA TAHAP 1 (29 MAC 2016)
Aktiviti bermula dengan Pertandingan Mewarna Tahap 1.




 Sampai menerap..









PERTANDINGAN MELUKIS POSTER ( 30 MAC 2016 )



CERAMAH PPDA ( 30 MAC 2016 )






LAWATAN KE BILIK PPDA ( Sepanjang Minggu )




SENAMROBIK ( 30 MAC 2016 )
















MAJLIS PENUTUPAN MINGGU PPDA 2016 ( 01 MAC 2016 )

Majlis dimulakan dengan tazkirah khas oleh Ustazah Haryani.




Ucapan penutupan oleh Guru Besar.

 Diikuti dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang semua aktiviti yang 
telah dilangsungkan sepanjang minggu ini.
















Tahniah kepada semua yang berjaya. Juga kepada Jawatankuasa PPDA khususnya Pn. Nor Mazlina selaku Penyelaras PPDA yang telah melaksanakan tugas dengan jayanya. Guru Besar dalam ucapan penutupannya menyeru agar program PPDA ini dapat dilaksanakan beberapa  kali dalam setahun agar ia dapat memberikan impak yang lebih mendalam.