Friday, February 27, 2015

PEMANTAUAN PENCALONAN ANUGERAH KEPIMPINAN TMK SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

Tarikh : 27 Februari 2015
Masa   : 8.00 pagi - 12.30 tgh
Pemantau : Dr. Suhaimi bin Kadir (KPP BTPN Perak)
                   Dr. Zul ( KPP BTPN WP Kuala Lumpur)

Sekalung tahniah diucapkan kepada kepimpinan SKK SK Pekan Jaya dan seluruh warganya kerana buat julung kalinya telah terpilih mewakili Negeri Pahang untuk dicalonkan bagi Kategori Anugerah Kepimpinan TMK Sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2015. Kecemerlangan dalam bidang TMK telah mendapat pengiktirafan BTPN Pahang serta menjadi kriteria utama bagi pemilihan Guru Besar selaku pemimpin yang membentuk etos sekolah serta para guru dan murid yang menjadikan impian ini suatu realiti. Sama-samalah kita berdoa semoga pencalonan ini berjaya di senarai pendekkan seterusnya berjaya menggapai anugerah tersebut.

 Sesi pembentangan di pengerusikan oleh Tn.Syed Lutfi, GPK Kokurikulum.
 En. Fahmi dari PKG Bandar Pekan turut sama mengambil gambar 
sepanjang pemantauan berlangsung.
 Sesi pembentangan oleh Guru Besar
 Tn. Hj Abdullah bin Abdul Karim wakil BTPN Pahang dan En. Rozman bin Ibrahim
 dari PKG Bandar Pekan turut serta memberi sokongan.
Dr. Suhaimi dan Dr. Zul meneliti bahan-bahan yang disediakan.

Thursday, February 26, 2015

KEJOHANAN BOLA SEPAK KELOMPOK PERAMU 2015

Tarikh         : 26 Februari 2015
Venue         : SKK SK Pekan Jaya dam SK Peramu Jaya
Pencapaian : Johan Kelompok Peramu

 Pasukan SKK SK Pekan Jaya tampak garang dengan jersi kuning.

 Pertembungan epik, final antara SKK SK Pekan Jaya dan SK Peramu Jaya
di tempat lawan. Bergambar kenang-kenangan sebelum dibaham.
Berjaya merangkul tempat pertama kejohanan buat dua tahun berturut-turut.
Syabas dan tahniah..bersiap untuk mara ke peringkat daerah. Tahniah juga buat
Pengurus, jurulatih dan guru pengiring.

FORUM BUKU PAHANG 2015

Tarikh   : 25 Februari 2015
Tempat  : Perpustakaan Awam Pekan
Pencapaian : Tempat Ketiga Forum Buku Peringkat Negeri Pahang ( B. Melayu ) 2015



 Adik Danish Aqeel dan Adik Qisthuna Nabila Balqis mewakili SKK SK Pekan Jaya


Tempat Ketiga Kategori Bahasa Melayu.

Tahniah dan syabas diucapkan!!!

Monday, February 23, 2015

PROGRAM JALINAN DENGAN BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA CAWANGAN PEKAN 2015

Tarikh   : 17 Februari 2015
Masa     : 9.00 pagi
Tempat  : Dewan Gemilang SK Pekan Jaya
Tentatif : Ucapan dan taklimat Pengurus Bank Rakyat Cawangan Pekan
                Sesi ramah-mesra dengan Maskot Si Nuri
                Menari bersama Si Nuri
                Sesi fotografi
                Bersurai








Wednesday, February 18, 2015

MAJLIS SEMARAK PENGGUNAAN FROG VLE DAN PENJENAMAAN SEMULA BLOG SKK SK PEKAN JAYA 2015

Tarikh : 17 Februari 2015
Masa   : 7.45 pagi
Tempat : Dewan Gemilang, SK Pekan Jaya

Pada hari yang sama dengan Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah, suatu program berkaitan ICT telah dimasukkan sebagai program kerjasama dengan PSS SK Pekan Jaya iaitu Semarak Penggunaan Frog Vle dan Penjenamaan Semula Blog SKK SK Pekan Jaya. Program ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi penggunaan vle seterusnya memperkenalkan laman blog SKK yang diberi nafas baru kepada seluruh warga SK Pekan Jaya. Terima kasih kepada pihak Jawatankuasa PSS, semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang.

Ucapan perasmian

.
Duta Frog VLE menyerahkan replika login ID dan katalaluan 
kepada Guru Besar dan barisan GPK.

 Guru Besar dan GPK tampil ke chromebook yang disediakan untuk melog masuk ke akaun Frog VLE masing-masing sebagai simbolik pelancaran program.

 Guru Besar  mengakhiri sesi pelancaran dengan menekan ikon lagu tema NILAM dan
lagu Hati dan Minda iaitu lagu tema Sekolah Bestari dan semua murid menyanyikannya bersama-sama. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini. Semoga penggunaan pelantar pembelajaran maya akan terus mekar di bumi SKK SK Pekan Jaya.

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM SKK SK PEKAN JAYA 2015

Tarikh  : 17 Februari 2015
Masa    : 7.45 pagi
Tempat : Dewan Gemilang, SK Pekan Jaya

Ucapan perasmian oleh Guru Besar.

Gimik perasmian dengan menandatangani replika buku besar.


Pengiktirafan sekolah terhadap pencapaian Anugerah Nilam Peringkat Daerah Pekan yang telah dirangkul oleh Adik Danish Aqeel bin Khairuddin ( Tempat Pertama B.Inggeris) dan
Adik Alya Syuhada binti Azha ( Tempat Kedua B.Melayu).
Syabas diucapkan.




Monday, February 16, 2015

LDP PLC : KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL

Tarikh : 16 Februari 2015
Tempat: Bilik Gerakan SK Pekan Jaya
Fasilitator : En.Nadzmi bin Masood ( Penyelaras PLC Sekolah )

PLC ialah singkatan kepada program profesional learning communitiesPLC merupakan koleksi aktiviti akademik secara bersepadu berteraskan lima strategi utama sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah.  PLC akan menjadi simbol usaha secara komprehensif dan cita-cita besar KPM bagi mencabar, memotivasi serta membantu sekolah meningkatkan pencapaian. Anda boleh memuat turun bahan PLC di blog ini.







Sunday, February 15, 2015

LAWATAN PENANDAARASAN PIBG SK SIMPANG RAWAI, MARANG, KUALA TERENGGANU

Tarikh              : 13 Februari 2015
Masa                : 11.00 pg - 1.00 ptg
Jumlah peserta : 80 orang guru dan PIBG.
Tentatif            : Ketibaan rombongan
                           Ucapan dan taklimat Guru Besar 
                           Jamuan tengahari
                           Lawatan ke sekitar sekolah dan bilik-bilik khas.
                           Berangkat pulang.