Friday, December 30, 2016

HARI ORIENTASI DAN PENDAFTARAN PRA SEKOLAH SK PEKAN JAYA 2017

Tarikh : 30 Disember 2016
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Gemilang

Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi. Majlis dimulakan tepat jam 8.45 pagi dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan guru besar. Alhamdulillah para ibubapa memberikan komitmen yang baik dalam program hari ini yang diakhiri dengan pemilihan dan pelantikan AJK PEWARIS Pra Sekolah bagi sesi 2017. Tahniah kepada yang terpilih dan semoga dapat terus memberikan komitmen kepada sekolah amnya dan Pra Sekolah khususnya.
 

 Ibu bapa mula memenuhi dewan..


 Guru-guru Pra Sekolah di meja pendaftaran..




 Cikgu Farah mempengerusikan majlis..

 Sebahagian ibu bapa masih mendaftar kehadiran..

 Ucapan Guru Besar..
 Sesi pemilihan AJK Pewaris sedang berlangsung


 

PEMBAYARAN YURAN TAHUN 2-6 SK PEKAN JAYA 2017

Tarikh   : 30 Disember 2016
Masa     : 8.00 pagi - 12.00  tgh
Tempat  : Bilik Kelas

Belanja gambar sekitar hari pembayaran yuran SK Pekan Jaya pada tahun ini. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Tahniah kepada semua guru dan terima kasih kepada semua ibubapa yang datang menyelesaikan urusan anak-anak pada hari ini.
 
 
4 Inovatif

 3 Inovatif
Kelas tambahan tahun 6 tetap dijalankan... 

 6 Iltizam
  6 Inovatif
 2 Intelek

 2 Inovatif
 5 Inovatif

Urusan pembelian buku dan keperluan sekolah di kedai buku sekolah.. 

 
 5 Intelek
 Pemberian buku teks di Bilik Bitara Seni dan MAKOM 2

2 Iltizam 
4 Intelek 
 3 Intelek
6 Intelek
 

BENGKEL 'FROG VLE DALAM PDP' PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SIRI 1

Tarikh : 30 Disember 2016
Masa : 10.30 pagi
Tempat : MAKOM 1

Alhamdulillah, panitia Pendidikan Islam mengorak langkah kanan dengan menganjurkan bengkel dalaman berkenaan penggunaan pelantar maya FROG VLE dalam pdp yang merupakan salah satu dari keperluan PA 21. Semoga dengan latihan ini akan dapat memantapkan lagi penguasaan guru dan murid dalam  penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya memberikan nilai tambah dalam mencapai aspirasi PPPM. Selain ahli panitia,
Ustaz Nazrul selaku Frog Admin dan GPB memberikan input berkaitan Frog VLE dalam Pdp
GPI dan GBA tekun membina laman pembelajaran masing-masing.
Cikgu Saffiyah turut membantu selaku fasilitator..
Bengkel Hands On amat perlu dalam bidang ICT..dan lebih penting ialah kesanggupan 
untuk berlatih sendiri selepas sesi bengkel...

MESYUARAT PANITIA KALI PERTAMA 2017

Tarikh : 28 Disember 2016
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, Bilik j-QAF dll.

Berikut hanyalah beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan dalam salah satu mesyuarat panitia matapelajaran pada hari berkenaan..Jurukamera tak larat nak jalan  jauh..huhu..kalau ada sesiapa nak 'share' nanti kita akan update semula..




LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KSSR SEMAKAN TAHUN 1 2017

Tarikh : 28 Disember 2016
Masa : 8.00 pagi
Tempat : WAR Room
Matapelajaran yang terlibat : Kesenian, PJK, Bahasa Arab


Bahasa Arab oleh Muallimah Azean..




Cikgu Rozaidah subjek Pendidikan Kesenian..

Cikgu Fitri subjek PJPK..