Sunday, November 30, 2014

MAJLIS PENGHARGAAN KERJASAMA SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN BERSAMA UMP 2014

27 November 2014, menyaksikan SKK SK Pekan Jaya mendapat penghargaan daripada pihak Universiti Malaysia Pahang  yang telah menjalinkan kerjasama erat dengan SKK seluruh Negeri Pahang. Guru Besar bersama lima orang guru dan lima orang murid hadir mewakili SKK SK Pekan Jaya ke majlis berkenaan yang diadakan di Kampus UMP Gambang.








Saturday, November 15, 2014

LAWATAN PENANDA ARASAN SKK SK PEKAN JAYA KE SBT SK BANDAR UDA 2, JOHOR BHARU 2014

10 November 2014, menyaksikan satu lagi kejayaan dirintis SKK SK Pekan Jaya apabila menganjurkan satu lawatan penanda arasan ke SBT SK Bandar Uda 2 Johor Bharu di bawah program Kebitaraan Bahasa Melayu dengan menggunakan peruntukan kluster. Ia adalah sebuah sekolah yang telahpun mendapat pengiktiran SKK, SBT dan Sekolah Amanah Malaysia. Rombongan 10 orang guru dan 27 orang murid itu disambut dengan begitu meriah sekali. Banyak dapatan yang diperolehi dan dipelajari dapat dibawa pulang untuk dikongsi bersama rakan dan dipraktikkan di sekolah ini. 
 Ketibaan disambut meriah.
 Cenderamata penghargaan.
 Bergambar kenang-kenangan.
 Sekolah Amanah berfokuskan bahan yang disediakan oleh murid.
 Bersama Guru Besar Cemerlang, En Harith bin Abd. Hamid.
Tandas taraf hotel yang memenangi Pertandingan Tandas Terbersih 
Peringkat Kebangsaan 2012.

Saturday, November 8, 2014

LAWATAN PENANDAARASAN PPD HILIR PERAK, PERAK DARUL RIDZUAN (2014)

Tanggal 5 November 2014, satu lawatan PPD Hilir Perak diketuai oleh Tn.Hj. Zainal Abidin Bin Osman, Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak, Perak tiba di bumi SKK SK Pekan Jaya. Rombongan sebuah bas dan sebuah kenderaan SUV itu melibatkan guru-guru besar, pengetua-pengetua dan pegawai-pegawai PPD Hilir Perak. Menurut Tuan PPD, sebahagian daripada wakil sekolah yang datang sudahpun diiktiraf sebagai SKK dan SBT manakala sebilangan lagi akan dicalonkan pada tahun ini. Kami berbesar hati menerima kunjungan tuan-tuan.
 Tarian menyambut ketibaan rombongan.
 Sesi taklimat oleh Tn. Sy. Mohd Lutfi ( GPK Kokurikulum) 
mewakili Guru Besar.
 Sesi menandatangani Memorandum Persefahaman 
dan pemberian cenderamata.
 Lawatan ke Quranic Centre.
 Lawatan ke Bilik Pendidikan Islam
 Jamuan tengahari.
Rombongan berangkat pulang.