Sunday, November 22, 2015

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN GRADUASI PRA SEKOLAH SKK SK PEKAN JAYA 2015

Tarikh : 20 November 2015
Masa   : 8.30 -11.30
Venue : Dewan Gemilang
Perasmi: Pengarah Tabung Haji Pahang

Ketibaan perasmi iaitu Timbalan Pengarah Tabung Haji mewakili Pengarah Tabung Haji Pahang.

 Penyambut tetamu.

Gabungan pengacara yang 'power' turut berdiri menyanyikan lagu kebangsaan.

Bacaan doa oleh Al-Fadhil Us. Mohd Syamsul

 Ucapan Guru Besar.

Ucapan Perasmi Tn. Hj. Johari bin Ismail.


 Persembahan rekorder bawah pimpinan Pn. Rozaidah.


 Pengacara majlis, Cikgu Fitri dan Cikgu Rosmahwati. Yang dibelakang tersengeh itu adalah guru penyelaras bestari dan penulis blog, saya lah tu, menguruskan persembahan multimedia dan siaraya bersama Cikgu Mazarul dan Cikgu Zainuddin.

 Barisan penerima anugerah.

Kehadiran ibubapa memberi sokongan kepada anak-anak dan program sekolah.

Menikmati jamuan sementara menanti majlis bersambung.

Persembahan nasyid bawah pimpinan Us. Syamsul.





 Sebahagian daripada penerima anugerah kecemerlangan akademik.
Anugerah Tokoh Pra Sekolah.

Anugerah Penghormatan Guru Besar.


Antara guru yang menerima Anugerah Guru Cemerlang Mata Pelajaran.

 Anugerah Tokoh Murid Lelaki 2015

 Muhammad Asyraf bersama bapanya En. Razali. Syabas dan tahniah.

Qisthina Nabila Balqis disamping keluarga yang berbangga dengan pencapaiannya.

Asyraf dan Qisthina. Semoga terus berjaya. 

Sesi bergambar guru-guru di pentas yang dihias indah. Tahniah dan syabas kepada semua guru dan staf atas kerjasama dalam menjayakan majlis ini. Penghargaan khas penulis kepada Cikgu Hazrul Hafiz selaku jurugambar dan jurulapor secara langsung dari venue majlis berkenaan dengan maklumat yang sentiasa dikemaskini. Tanpa kalian semua, tiada satu majlis pun yang dapat dilaksanakan dengan jayanya. 



KEJOHANAN GOLF REMAJA PAHANG 2015

Tarikh : 07-07 November 2015
Venue : Kelab Golf Di Raja Pahang, Pekan
Pencapaian : Johan Kategori Bawah 12 Tahun

Tahniah diucapkan kepada Adik Nadhil bin Alias atas pencapaian hebat sebelum tahun 2015 melabuhkan tirainya. Setelah berjaya di dalam kejohanan MSS Pahang sebelum ini, beliau telah berjaya mencapai satu lagi kejayaan yang sangat membanggakan sekolah. Semoga beliau akan terus maju jaya dalam sukan ini.

 Nadhil mendapat pengiktirafan sekolah, daerah dan Negeri Pahang.

 Piala yang dimenangi.




KEPUTUSAN UPSR 2015

Alhamdulillah, keputusan UPSR telah diterima pada 17 November 2015. Jumlah murid yang mendapat 5A ialah 10 orang berbanding 18 orang tahun lalu. Namun secara keseluruhannya, GPS sekolah meningkat. Tahniah dan syabas kepada semua murid, guru dan ibubapa yang telah bertungkus-lumus berusaha dan berdoa agar kejayaan ini dapat dikecapi. Serta penghargaan kepada semua pihak sama ada secara langsung atau tidak yang telah memberi sumbangan dan bantuan dalam pelbagai bentuk dalam menjayakan program dan aktiviti tahun 6 sepanjang 2015 ini. Kepada yang tidak berjaya mendapat 5A, yakinlah bahawa kejayaan datang dalam pelbagai bentuk. Dan ini hanyalah merupakan satu langkah permulaan dalam mendepani pelbagai lagi ujian dalam kehidupan mendatang. Kami, guru-guru SK Pekan Jaya sentiasa mendoakan kejayaan semua murid di dunia dan lebih lagi di akhirat.


 10 orang murid cemerlang 5A.

Nur Sabrina Humaira

 
 Adam Haikal

Muhammad Hafiz Safwan


 Nur Amiratul Auni

 Sh.Irfan Balqis

Azleen Farisya 

 Annisa Batrisyia

 Qisthina Nabila Balqis

 Alya Syuhada

Muhammad Asyraf

 Murid 4A 1B




PERTANDINGAN MELUKIS ANJURAN KELAB TAHA DAERAH PEKAN 2015

Tarikh         : 18 November 2015
Venue          : SKK SK Pekan Jaya
Anjuran       : Tabung Haji Cawangan Pekan
Pencapaian  : Tempat Pertama RM 300.00
                       Muhammad Nasran bin Mohd Nazir.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan terima kasih kepada pihak Tabung Haji yang sudi menganjurkan pertandingan berkenaan di sekolah ini serta menyediakan pelbagai hadiah yang menarik. 

 Murid menerima  taklimat sebelum bermula acara.

 Pengurus dan kakitangan Tabung Haji turut hadir.



Pertandingan berjaya mencungkil bakat seni murid-murid.



Masing-masing seronok lebih-lebih lagi kerana result UPSR dah dapat.

Pengurus Tabung Haji Cawangan Pekan turut turun padang menyaksikan aktiviti.

Pihak Tabung Haji sibuk menilai dan memilih pemenang.

Masing-masing dengan beg Kelab TAHA yang disumbangkan.