Friday, December 27, 2013

Hari Pendaftraran Frog VLE ID bagi Ibu Bapa dan Penjaga Murid SK Pekan Jaya


Tarikh : 28/12/2013 dan 30/12/2013 (Sabtu dan Isnin)

Masa  : 8.00 Pagi - 12.00 Tengah hari

Tempat : Pusat Akses Sekolah (Puas)


Panduan untuk login frog
1) Taip https://cba5088.1bestarinet.net/ utk ke FROG VLE
2) Taip ID dan Password
          **yang terlupa dapatkan di sini
3) Ibu bapa / penjaga melihat parent noticeboard

Thursday, December 26, 2013

ID Frog VLE bagi Guru & Kakitangan Sekolah 2014

Untuk mengetahui ID Frog VLE,
Sila masukkan No. Kad Pengenalan Anda.



Password adalah 10 digit pertama no kd pengenalan anda.

Wednesday, December 25, 2013

Muatturun Buku Pengurusan 2014 Di Frog VLE

Makluman kepada semua guru dan kakitangan,
Sila muatturun Buku Pengurusan 2014 yang akan digunakan
pada Mesyuarat Awal Tahun 2014 jam 8.00 pagi, 27/12/13 (Jumaat).

Panduan untuk muatturun Buku Pengurusan 2014
1) Taip https://cba5088.1bestarinet.net/ utk ke FROG VLE
2) Taip ID & Password
          **yang terlupa dapatkan di sini
3) Klik icon Notifications di hujung sekali sebelah kanan atas
4) Pilih Site, klik 'vleadmin CBA50888 has shared the siteBuku Pengurusan 2014 with you'
5) Site Buku Pengurusan SKBP 2014 akan dipaparkan.

Saturday, December 7, 2013

Pengurusan Awal Tahun 2014


27/12/2013 - Mesyuarat Guru Awal Tahun

28/12/2013 - Orientasi Prasekolah dan Pengurusan Tahun 2 - 6

30/12/2013 - Orientasi Tahun 1

2/1/2014 - Sesi Persekolahan 2014 bermula


Sunday, December 1, 2013

ID Frog VLE bagi murid & penjaga 2013

Untuk mendapatkan Yes ID, anda cuma perlu memasukkan no Kad Pengenalan murid, ibu, bapa atau no Surat Beranak murid dan Yes ID akan dipaparkan secara automatik.



Ibu bapa atau murid boleh menggunakan Yes ID dengan merujuk link berikut:
Bagaimana ibubapa dapat menggunakan id

Friday, November 29, 2013

BAGAIMANA GURU / MURID / IBUBAPA DAPAT MENGGUNAKAN ID FROG VLE

Makluman kepada semua ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar SK Pekan Jaya. Untuk pengetahuan semua, SKPeJ telah menggunakan satu platform pembelajaran alaf baru yang dikenali sebagai 1BESTARINET VLE FROG. Platform ini membolehkan murid, guru dan pelajar untuk mengakses platform pemebelajaran ini. Frog VLE telah dilancarkan di sekolah kita pada bulan Februari 2013. Ibu bapa dan penjaga juga boleh mengakses laman pembelajaran ini dengan mendapatkan USER ID dan PASSWORD dengan memasukkan no KP pada blog sekolah. Kemudian, untuk mengakses platform 1Bestarinet VLE Frog SK Pekan Jaya, sila gunakan pelayar web Google Chrome. Taipkan URL ini https://cba5088.1bestarinet.net
Masukkan YES ID dan PASSWORD anda. Kemudian Log In. Berikut adalah Paparan School Dashboard yang boleh dilihat oleh Ibu Bapa. Klik ke Laman Ibu Bapa untuk ke site tersebut.
Berikut adalah paparan bagi Parents Noticeboard. Segala makluman berkaitan dengan sekolah yang ingin diketahui oleh ibu bapa akan dimuat naik ke laman ini.

Tuesday, November 26, 2013

FROG VLE: PANDUAN UNTUK GURU & IBU BAPA/PENJAGA


PENGENALAN

Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet.   Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.



Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.  Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.

Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Saksikan video di bawah untuk gambaran ringkas:



Sunday, November 24, 2013

PENCAPAIAN BIDANG ICT 2013

BIL
PERTANDINGAN (ANJURAN)
BIL PENYERTAAN
PERINGKAT
PENCAPAIAN
TARIKH / TEMPAT
1
Pertandingan Rekabentuk Bas Sekolah
(anjuran SPAD)
30 PELAJAR
KEBANGSAAN
KE-2 ( Adeleen Farhani), KE-3 (Ahmed Al Ameer) DAN 4 SAGUHATI (Mohd. Yusuf, Mohd. Sufi, Nurul Afina, Alya Zaheeda)
5-6 April –
Residence Hotel, UNITEN
2
Tele-Spin
(anjuran The Star Publications)
33 PELAJAR + 6 GURU
(7 KUMPULAN)
KEBANGSAAN
MERIT WINNER AWARD – 1 KUMPULAN
(Smart Boys – Wan Khairul Aswadi, Danish Aqeel, Akma Aqil, Fakrullah Fahmi, Asyraf Razali, Adam Hakimi )
24 Ogos –
THE STAR-PUBLICATION, KL
3
Pertandingan Kepenggunaan HPM
(anjuran FOMCA)
48 PELAJAR
KEBANGSAAN
PENYERTAAN
11 Oktober –
FOMCA, KL
4
Pertandingan Buku Skrap Multimedia
(anjuran Perpustakaan Negara Malaysia)
2 PELAJAR
KEBANGSAAN
PENYERTAAN (MENUNGGU KEPUTUSAN)
KL
5
D-code Camp
(anjuran StartupMalaysia.Org)
5 PELAJAR + 1 Guru
KEBANGSAAN
PENYERTAAN - Ahmed Al-Ameer, Fathullah, Maisarah, Najwa Allya, Iman Nisreen)
(Miss Dedicate –Maisarah Zainuddin)
25-30 Oktober –
MS GARDEN, KUANTAN
6
Ujian Permata Pintar UKM1
110 Pelajar
KEBANGSAAN
3 Murid melepasi  UKM1 (Fathullah, Najwa Sakinah, Asyraf Razali
KUANTAN
7
Pusat Akses Terbaik
-
NEGERI
SAGUHATI
21-23 Oktober –
BTPN, Kuantan
8
Video Anti dadah
2 Penyertaan
NEGERI
Ke-2 dan ke-3

9
Digi Cybersafe in School
50 penyertaan
Kebangsaan
Penyertaan
SK Pekan Jaya

Thursday, October 24, 2013

Cuti Berganti pada 26 Oktober 2013

Makluman kepada semua murid SK Pekan Jaya.

26 Oktober 2013 (Sabtu) merupakan cuti berganti kepada seluruh warga SK Pekan Jaya.

Cuti ini bagi mengantikan cuti sebelum Hari Raya Aidiladha iaitu pada 14 Oktober 2013 (Isnin).


Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang


24 Oktober 2013 merupakan cuti umum bagi rakyat negeri Pahang sempena Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang...



Tuesday, October 22, 2013

Makan Malam Kelab Guru & Staf

Makan Malam Kelab Guru & Staf

Makan malam untuk kelab guru & staf SK Pekan Jaya akan diadakan pada ketetapan berikut...

Tarikh : 22 Oktober 2013

Masa : 8:30 malam

Tempat : Shahzan Inn, Kuantan

Semua guru dan kakitangan sekolah dijemput hadir..

Turut mengundang : Cikgu Amalia Nazihah & Cikgu Afiq

Monday, October 21, 2013

Cuti Peristiwa

21 Disember 2013 (Isnin) merupakan cuti peristiwa bagi seluruh warga SK Pekan Jaya.

Selamat Bercuti

Saturday, October 19, 2013

Sukan Tahunan 2013

Kejohanan Sukan Tahunan 2013 SK Pekan Jaya akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 20 Oktober 2013

Hari    : Ahad 

Masa  : 8:00 Pagi

Perasmi : Datuk Sheikh Mohd. Fauzi bin Sheikh Ali

Jom bersama-sama kita memeriahkannya..