Tuesday, November 22, 2016

HARI TERBUKA SKK SK PEKAN JAYA 2016

Tarikh    : 22 Nov. 2016
Masa      : 10.45 pg - 1.30 ptg
Tempat   : Bilik Kelas

Hari ini, 22 November merupakan hari ibu bapa diberi kesempatan mengambil slip keputusan peperiksaan anak masing-masing. Kesempatan ini diambil ibu bapa seawal jam 10.45 pagi bagi berbincang dan mengambil maklum isu-isu melibatkan pembelajaran, sahsiah dan perkembangan anak masing-masing. Ibubapa yang hadir kemudian dibenarkan mengambil terus anak-anak mereka untuk dibawa pulang. Semoga pertemuan seperti ini dapat diadakan dari semasa ke semasa bagi memastikan hubungan ibubapa penjaga dengan pihak sekolah dapat diperkukuhkan dan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan anak didik di SK Pekan Jaya. Tahniah guru-guru yang berhempas pulas menyediakan laporan setelah selesai peperiksaan, menanda kertas  jawapan dan lain-lain tugas yang amat banyak di minggu akhir persekolahan ini termasuk Hari Kecemerlangan yang dijadualkan pada petang hari esok dan Annual Dinner pada malam esok.  

 1 Intelek

 Anak-anak guru...terpaksalah tunggu ibu-ibu selesai 
melayan ibubapa yang lain dulu ..sabar ye..
 1 Inovatif





 4 Intelek

  5 Inovatif
 5 Intelek
 4 Inovatif
3 Intelek


ANUGERAH PEMBESTARIAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2016

Tarikh   : 16 November 2016
Tempat : BTP KPM Bukit Kiara, Kuala Lumpur

Alhamdulillah, kesyukuran kami rafa'kan ke hadrat Allah Taala yang memungkin pencapaian ini. Pemantauan tempohari membawa kami ke kedudukan Keempat Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan  2016 dalam kategori Pencapaian Tahap Bestari Kategori Sekolah Rendah. Selaku sekolah luar bandar pastinya kami sentiasa merasa 'underdog' dalam mana-mana penilaian seperti ini. Namun alhamdulillah, berkat kesungguhan dan kerjasama semua, kami berjaya juga meletakkan diri dalam kelompok Top 5 berbanding keseluruhan sekolah rendah yang berada di negara ini. Setelah tahun lalu kami memenangi Tempat Kedua Anugerah Pengurusan TMK Peringkat Kebangsaan, di awal tahun ini dikejutkan dengan 3 kategori yang dirangkul di peringkat negeri , syukur sebelum tirai 2016 dilabuhkan, kami diiktiraf sekali lagi...terima kasih semua  yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penarafan SSQS SK Pekan Jaya...Awesome is the word..


 Cikgu Hafiz (GPM), Ustazah Azean dan Cikgu Saffiyah mewakili Pusat Sumber Sekolah.
 Hasil animasi murid yang medapat pengiktirafan

 Cikgu Azizah GPK Pentadbiran turut sama ke majlis berkenaan.
 GB bersiap sedia menunggu giliran tampil ke pentas

 SK Pekan Jaya naik pentas kebangsaan lagi tahun ini...

 Keempat kebangsaan, bukan pencapaian biasa-biasa...


Turut mendapat liputan portal BTPN Pahang..

PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2016

Tarikh : 16 Novenber 2016
Masa : 10.45
Temat : Dewan Gemilang

Hari ini merupakan hari bersejarah, bukan sahaja buat warga SK Pekan Jaya malahan seluruh Malaysia digemparkan dengan keputusan UPSR yang dikatakan luar dugaan. Pelbagai spekulasi dan ulasan pelbagai pihak tentang perkara ini, namun hakikatnya inilah kesan dari transformasi pendidikan yang diwar-warkan KPM sejak pelaksanaan KSSR 6 tahun  dahulu. Bersedia atau tidak, hari ini pasti akan tiba, dan anak-anak kita pasti akan terlibat dalam sistem yang mengalami perubahan ini. Walaupun ianya pahit untuk ditelan namun kenyataan bahawa keputusan akademik semata-mata tidak cukup menjamin kecemerlangan murid secara keseluruhan harus diterima dengan hati terbuka. Itulah merupakan intipati falsafah pendidikan kebangsaan yang mengutamakan keseimbangan murid dari segenap aspek. Apa pun, tahniah kepada semua warga pendidik, murid ,PIBG dan ibu bapa yang telah memainkan peranan penting dalam membangunkan anak-anak SK Pekan Jaya. Semoga keputusan ini menjadi titik tolak kepada kecemerlangan yang lebih hebat pada masa akan datang. Tahniah dan syabas....muah ciked

Semua perlu berlapang dada dan menerima perubahan...

 Guru Besar bersama 2 orang murid cemerlang yang 
mencapai 6A dalam UPSR 2016.
Kecemerlangan akademik dan juga Tokoh Nilam Kebangsaan menjadi taruhan 
Nur Alyaa Zaheeda Kamarulzaman untuk membentuk masa depan yang gemilang. Berakhlak mulia, berketrampilan dan menghaormati guru, Alyaa juga Ketua Murid (Perempuan) SK Pekan Jaya. Tahniah. 
Nadhil Alias. Bukan sahaja cemerlang 6A. Beliau juga merupakan pemenang 
pelbagai pertandingan golf MSSM peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Selain berakhlak terpuji, beliau juga Ketua Murid (Lelaki) Sekolah. Juga cemerlang bidang Pendidikan Islam dan Jawi.  Di kala Admin menaip post ini, Nadhil sedang membawa cabaran sekolah dalam Pertandingan Coding@School Peringkat Kebangsaan di Putrajaya.


 Tak dapat menahan linangan air mata..sebahagian kerana gembira, 
sebahagian besar yang lain kerana sedih..





 
 
 Sebahagian ibu bapa yang hadir..memberi galakan moral kepada anak-anak..



 Ucapan Guru Besar..


LAWATAN PRA SEKOLAH SEKITAR DAERAH KUANTAN 2016

Tarikh : 21 November 2016
Masa   : 8.00 pagi - 6.00 ptg

Pra sekolah SK Pekan Jaya pada tahun ini membawa murid-murid pra sekolah melawat Muzium Sg. Lembing, Balai Bomba Bukit Ubi dan Terowong Sg. Lembing. Rombongan yang melibatkan semua murid pra sekolah dan guru serta ppm diikuti dengan Cikgu Zainuddin dan Sir Mazarul. Pastinya lawatan ini meninggalkan seribu satu kenangan manis buat semua murid pra sekolah yang bakal memasuki alam persekolaha  tahun hadapan.

Bertemu sahabat lama di SK Sg. Lembing..
Seronok abang bomba melayan kerenah murid pra..



Terowong Sg. Lembing
Muzium Sg. Lembing
Di SK Sg. Lembing

Abam bomba Jalan Bukit Ubi memang power...terbaiklah







Penerangan berkesan...dan bijak mengambil perhatian murid aras pra sekolah...