Friday, July 31, 2015

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2015

Tarikh   : 31 Julai 2015
Masa     : 10.30 pagi
Tempat : Dewan Gemilang

Majlis sambutan hari raya pada tahun ini disambut secara sederhana. Bermula dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Us. Mohd. Syamsul, seterusnya jamuan dimulakan dengan diselangi dengan beberapa persembahan murid dan guru bagi menyerikan majlis. Disebelah pagi pula, tazkirah khas disampaikan oleh Ustazah Hasniyatun Hashim. 

 Tazkirah oleh Ustazah Hasniyatun di sebelah pagi.








Juru kamera profesional tekun menjalankan tugas.



 Persembahan mantap murid-murid tahun 6, nyanyian siap dengan lakonan. 



 Cikgu Fitri selaku pengacara majlis menghidupkan suasana. Cikgu Azuan 'on PA system'.






 Persembahan duet menyampaikan lagu raya.


 Amboi...beraya sakan.

Persembahan trio pra sekolah mencuit hati semua.

Thursday, July 30, 2015

GOTONG-ROYONG PERDANA 2015

Tarikh : 29.07.2015
Masa   : 3.00 - 5.30 ptg

Satu program gotong-royong bagi menggantikan aktiviti kokurikulum pada hari Rabu telah dilaksanakan dengan jayanya. Ia merupakan salah satu program yang dianjur untuk dilaksanakan di peringkat sekolah di bawah pengurusan HEM. GPK HEM Pn. Harison dengan kerjasama GPK Kokurikulum, Tn. Sy. Mohd Lutfi telah menguruskan program kali ini. Selain ia merupakan acara tahunan sekolah, ia juga bertujuan mengindahkan lagi kawasan sekolah untuk menerima lawatan penanda aras dari SKK SK Sg. Dua, Kuala Pilah pada hari Sabtu 01.08.2015.



















Wednesday, July 29, 2015

MAJLIS SUMBANGAN ZAKAT PERNIAGAAN 2014 BANK RAKYAT

Tarikh   : 29.07.2015
Masa     : 7.45 pagi
Tempat  : Dewan Gemilang

Pengurus Bank Rakyat Cawangan Pekan, En Abdul Razak menyampaikan Mock Check Zakat Perniagaan Bank Rakyat 2014 kepada murid-murid SK Pekan Jaya seramai 20 orang. Majlis dimulakan dengan Bacaan Yaasin dan seterusnya majlis penyampaian check dan sumbangan 20 orang murid yang terlibat. Terima kasih diucapkan kepada pihak Bank Rakyat.






     

Friday, July 3, 2015

PEMANTAUAN SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JPN PAHANG

Tarikh : 02 Julai 2015
Masa   : 10.00 pagi

Unit Operasi Dakwah ,Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Pahang yang di ketuai oleh Ketua Unit ,Ybhg. Ustaz Yahya bin Tahir dan Ustaz Sabarno bin Hussin telah mengadakan lawatan sambil memantau pelaksanaan Program Ihya' Ramadhan SKK SK Pekan Jaya pada tahun ini. Syabas diucapkan kepada semua AJK Unit Dakwah sekolah di bawah pimpinan Ustazah Siti Umey yang bertungkus lumus menyediakan bahan-bahan untuk pemantauan dan telah melaksanakan Program Ihya' Ramadhan dengan jayanya. Terima kasih kepada pihak SPI yang sudi mengadakan lawatan ke sekolah sekaligus dapat membantu memperkemaskan pengurusan dakwah di sekolah. Kesimpulan yang kami perolehi ialah, biarkan program yang yang berskala kecil dan tidak gah, tetapi dapat mencapai matlamat dan sasarannya.




 Sesi bimbingan dan pemantauan sedang berjalan.

 Antara aktiviti yang telah berjalan dan sedang berlangsung sepanjang Ramadhan.
Majlis Pelancaran.



 Literasi bagi Iqra' 4 ke bawah. Ambil kesempatan sebulan Ramadhan bagi 
meningkatkan kedudukan semasa bacaan murid oleh GPI dan GBA.

 Tadarus di Surau Al-Muttaqin bagi yang menguasai oleh guru-guru lain.

 Tadarus guru sewaktu rehat.

Bacaan ayat-ayat lazim di Dewan Terbuka.