Tuesday, November 22, 2016

ANUGERAH PEMBESTARIAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2016

Tarikh   : 16 November 2016
Tempat : BTP KPM Bukit Kiara, Kuala Lumpur

Alhamdulillah, kesyukuran kami rafa'kan ke hadrat Allah Taala yang memungkin pencapaian ini. Pemantauan tempohari membawa kami ke kedudukan Keempat Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan  2016 dalam kategori Pencapaian Tahap Bestari Kategori Sekolah Rendah. Selaku sekolah luar bandar pastinya kami sentiasa merasa 'underdog' dalam mana-mana penilaian seperti ini. Namun alhamdulillah, berkat kesungguhan dan kerjasama semua, kami berjaya juga meletakkan diri dalam kelompok Top 5 berbanding keseluruhan sekolah rendah yang berada di negara ini. Setelah tahun lalu kami memenangi Tempat Kedua Anugerah Pengurusan TMK Peringkat Kebangsaan, di awal tahun ini dikejutkan dengan 3 kategori yang dirangkul di peringkat negeri , syukur sebelum tirai 2016 dilabuhkan, kami diiktiraf sekali lagi...terima kasih semua  yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penarafan SSQS SK Pekan Jaya...Awesome is the word..


 Cikgu Hafiz (GPM), Ustazah Azean dan Cikgu Saffiyah mewakili Pusat Sumber Sekolah.
 Hasil animasi murid yang medapat pengiktirafan

 Cikgu Azizah GPK Pentadbiran turut sama ke majlis berkenaan.
 GB bersiap sedia menunggu giliran tampil ke pentas

 SK Pekan Jaya naik pentas kebangsaan lagi tahun ini...

 Keempat kebangsaan, bukan pencapaian biasa-biasa...


Turut mendapat liputan portal BTPN Pahang..

No comments:

Post a Comment