Monday, June 30, 2014

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN 2014



Syabas dan tahniah kepada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Pekan Jaya khususnya Puan Guru Besar atas penganugerahan Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 8. majlis Pengiktirafan Sekolah Kluster Keceerlangan (SKK) Fasa 8 telah diadakan di Dewan Serbaguna Aras 9, Blok E12, Putrajaya pada 26 Jun 2014 yang telah disempurnakan oleh Dato' Wan Khazanah bt Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan ), Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru Besar SKPeJ Pn Hjh Ummi Kalthum telah menerima 'mock check' berjumlah RM100,000.00 peruntukan untuk digunakan bagi merancang program yang melibatkan kebitaraan sekolah.




Kebitaraan bagi SKPej

          1. ETOS                     : ICT
          2. AKADEMIK         : BAHASA MALAYSIA
          3. KOKURIKULUM : OLAHARAGA
Syabas dan tahniah kepada semua warga SK Pekan Jaya.

Thursday, June 26, 2014

Majlis Sejambak Kasih Pn.Normilia

Pada 25 Jun 2014, hari Rabu telah berlangsungnya sambutan sempena Majlis Persaraan Pn.Normilia bt Mahiyudin, GPK Pentadbiran SK Pekan Jaya. Majlis ini dianjurkan oleh Kelab Guru & Kakitangan SK Pekan Jaya.

Dilahirkan pada 02 Jun 1956 di Kg Pulau Manis, Pekan. Berikut adalah sejarah awal pendidikan beliau :

Darjah 1-6 : SK Ahmad, Pekan
Tingkatan 1-5 : SMK Ahmad, Pekan
Tingkatan 6 : SMK Sultan Abu Bakar, Pekan

Ikhtisas
1976-1979 : Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru
2005 : Institut Perguruan Sultan Idris, Tg Malim

Sejarah Tugas sebagai Guru

1979-1982 : SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan
1983-1984 : SMK Seri Mahkota, Kuantan
1985 : SMK Ahmad, Pekan
1986-1987 : Sekolah Berasrama Penuh Labuan, Sabah
1988-1990 : SMK Ahmad, Pekan
1991 : SMK Bukit Goh, Kuantan
1991-2003 : SMK Methodist Tg Malim
2004-2007 : SK Behrang Ulu, Tg Malim
2008 : SK Nenasi, Pekan
2008-2014 : SK Pekan Jaya, Pekan

Kejayan Dalam Lipatan Sejarah

2003 - 2007
GPK Pentadbiran
SK Behrang Ulu, Tg Malim

2008
GPK HEM
SK Nenasi, Pekan

2008-2014
SK Pekan Jaya, Pekan

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

1999
SMK methodist Tg Malim, Perak

2005
SK Behrang Ulu, Tg Malim