Friday, November 29, 2013

BAGAIMANA GURU / MURID / IBUBAPA DAPAT MENGGUNAKAN ID FROG VLE

Makluman kepada semua ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar SK Pekan Jaya. Untuk pengetahuan semua, SKPeJ telah menggunakan satu platform pembelajaran alaf baru yang dikenali sebagai 1BESTARINET VLE FROG. Platform ini membolehkan murid, guru dan pelajar untuk mengakses platform pemebelajaran ini. Frog VLE telah dilancarkan di sekolah kita pada bulan Februari 2013. Ibu bapa dan penjaga juga boleh mengakses laman pembelajaran ini dengan mendapatkan USER ID dan PASSWORD dengan memasukkan no KP pada blog sekolah. Kemudian, untuk mengakses platform 1Bestarinet VLE Frog SK Pekan Jaya, sila gunakan pelayar web Google Chrome. Taipkan URL ini https://cba5088.1bestarinet.net
Masukkan YES ID dan PASSWORD anda. Kemudian Log In. Berikut adalah Paparan School Dashboard yang boleh dilihat oleh Ibu Bapa. Klik ke Laman Ibu Bapa untuk ke site tersebut.
Berikut adalah paparan bagi Parents Noticeboard. Segala makluman berkaitan dengan sekolah yang ingin diketahui oleh ibu bapa akan dimuat naik ke laman ini.

Tuesday, November 26, 2013

FROG VLE: PANDUAN UNTUK GURU & IBU BAPA/PENJAGA


PENGENALAN

Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet.   Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.



Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.  Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.

Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Saksikan video di bawah untuk gambaran ringkas:



Sunday, November 24, 2013

PENCAPAIAN BIDANG ICT 2013

BIL
PERTANDINGAN (ANJURAN)
BIL PENYERTAAN
PERINGKAT
PENCAPAIAN
TARIKH / TEMPAT
1
Pertandingan Rekabentuk Bas Sekolah
(anjuran SPAD)
30 PELAJAR
KEBANGSAAN
KE-2 ( Adeleen Farhani), KE-3 (Ahmed Al Ameer) DAN 4 SAGUHATI (Mohd. Yusuf, Mohd. Sufi, Nurul Afina, Alya Zaheeda)
5-6 April –
Residence Hotel, UNITEN
2
Tele-Spin
(anjuran The Star Publications)
33 PELAJAR + 6 GURU
(7 KUMPULAN)
KEBANGSAAN
MERIT WINNER AWARD – 1 KUMPULAN
(Smart Boys – Wan Khairul Aswadi, Danish Aqeel, Akma Aqil, Fakrullah Fahmi, Asyraf Razali, Adam Hakimi )
24 Ogos –
THE STAR-PUBLICATION, KL
3
Pertandingan Kepenggunaan HPM
(anjuran FOMCA)
48 PELAJAR
KEBANGSAAN
PENYERTAAN
11 Oktober –
FOMCA, KL
4
Pertandingan Buku Skrap Multimedia
(anjuran Perpustakaan Negara Malaysia)
2 PELAJAR
KEBANGSAAN
PENYERTAAN (MENUNGGU KEPUTUSAN)
KL
5
D-code Camp
(anjuran StartupMalaysia.Org)
5 PELAJAR + 1 Guru
KEBANGSAAN
PENYERTAAN - Ahmed Al-Ameer, Fathullah, Maisarah, Najwa Allya, Iman Nisreen)
(Miss Dedicate –Maisarah Zainuddin)
25-30 Oktober –
MS GARDEN, KUANTAN
6
Ujian Permata Pintar UKM1
110 Pelajar
KEBANGSAAN
3 Murid melepasi  UKM1 (Fathullah, Najwa Sakinah, Asyraf Razali
KUANTAN
7
Pusat Akses Terbaik
-
NEGERI
SAGUHATI
21-23 Oktober –
BTPN, Kuantan
8
Video Anti dadah
2 Penyertaan
NEGERI
Ke-2 dan ke-3

9
Digi Cybersafe in School
50 penyertaan
Kebangsaan
Penyertaan
SK Pekan Jaya