Monday, August 29, 2016

MAJLIS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT DAERAH PEKAN 2016

Tarikh : 25 Ogos 2016
Masa   : 8.00 pagi - 3.30 ptg
Venue : SK Ahmad, Pekan
Pencapaian :

1. Johan Hafazan (P)          Najdah Shaikhuddin
2. Johan Jawi (L)                Raees Mirza Asrul Affndy
3. Naib Johan Tilawah (P)  Solehah Zainuddin
4. Naib Johan Tilawah (L)  Muhammad Taufiq Azuwan
5. Ketiga Hafazan (L)         Adam Mukhlis Nadzmi
6. Saguhati
    - Bercerita (L)                  Muhammad Amirul Shafie
    - Bercerita (P)                  Siti Nadiyyah Naajihah Mohd Romzi
    - Jawi (P)                         Dzun Nur Aini Mohd 'Afifee

Tahniah kepada semua murid dan guru-guru yang terlibat melatih mereka. Pencapaian tahun ini memang membanggakan. Lebih-lebih lagi terus ke peringkat daerah tanpa ada saringan peringkat kelompok. Kepada Johan yang akan mewakili Pekan ke peringkat negeri di Maran, semoga terus sukses dan pertingkatkan kemampuan diri anda.


 Sempat bergambar dulu sebelum berlepas ke SK Ahmad..
 Admin juga dilantik sebagai hakim pada hari berkenaan..
 Peersembahan mantap Solehah berjaya mendapat tempat kedua Tilawah (P)
 Dzun dan Raees memberi tumpuan dalam pertandingan Jawi..
 
 Penyampaian hadiah oleh wakil Pengurus Besar Bank Rakyat Caw. Pekan

Murid yang akan mewakili daerah Pekan ke Peringkat Negeri 
dijadualkan pada bulan September. 
 Bergambar kenang-kenangan bersama GPI dan GBA pada hari Isnin 29 Ogos 2016...


 Piala yang dimenangi...tahniah semua
 
M. Taufiq Naib Johan Tilawah  
Solehah ...Naib Johan Tilawah 
Adam Ketiga Hafazan. 

Najdah Johan Hafazan 
Amirul Saguhati Bercerita 
Siti Nadiyyah Saguhati Bercerita 
 Raees Mirza Johan Jawi 
 Dzun Saguhati Jawi 
 Dzun Saguhati Jawi

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SKK SK PEKAN JAYA 2016

Tarikh : 24 Ogos 2016
Tempat : Dataran Bestari

Tidak perlu cerita panjang, hayati gambar-gambar sekitar majlis pelancaran tersebut...


Laungan kemerdekaan sebanyak 7 kali diketuai 
Tn. Sy. Mohd Lutfi GPK Kokurikulum..

Persembahan lagu 'Ini Malaysia' 
oleh murid-murid SK Pekan Jaya

Persembahan Sajak oleh Cikgu Saffiyah

 
 



 


 Ucapan pengerusi majlis...





 Ucapan perasmian oleh Guru Besar
" Tak sabar nak merdeka nih..dah lama terkurung"

 Gimik pelancaran dengan melepaskan merpati...
 
Laungan kemerdekaan...



 Deklamasi sajak oleh Cikgu Saffiyah...



 Berakhirnya majlis pelancaran bulan kemerdekaan


Monday, August 22, 2016

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) SKPEJ 2016

Tarikh : 17 Ogos 2016
Masa : 7.45 - 10.45 pagi
Penglibatan: Semua murid TAHAP 2


APAKAH SEGAK?

# PROGRAM PENILAIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK)
# DIRANCANG SELARI DENGAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH.

MATLAMAT

# MURID SENTIASA PEKA, BERPENGETAHUAN DAN MENGAMALKAN AKTIVITI KECERGASAN UNTUK MENINGKAT DAN MENGEKALKAN TAHAP KECERGASAN FIZIKAL YANG OPTIMUM.

UJIAN-UJIAN SEGAK

1. NAIK TURUN BANGKU ( 3 MINIT )
2. TEKAN TUBI ( 1 MINIT )
3. RINGKUK TUBI SEPARA
4. JANGKAUAN MELUNJUR

UJIAN MESTI DI SELESAIKAN DALAM HARI YANG SAMA!


 Bersiap sedia mendengar taklimat
 Beberapa stesen disediakan bagi melancarkan program
GPK Kokurikulum memantau keadaan pelaksanaan SEGAK 
 Memastikan semua murid mempunyai rekod SEGAK.


Ustaz Nazrul teliti mengukur ketinggian bagi memastikan BMI murid tepat.

Murid diukur berat dan tinggi bagi menentukan BMI sebelum aktiviti dilaksanakan.



 Cikgu Mat di stesen timbangan.

 Cikgu Nadzmi tekun mengambil ukuran tinggi.


UJIAN 1 -  NAIK TURUN BANGKU
(3 MINIT)


TUJUAN : MENGUKUR DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR

PROSEDUR
- Murid memakai kasut sukan yang sesuai
- Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau    
  kiri (ikut keselesaan) di letakkan di atas
  bangku.
- Penguji akan memberi isyarat “mula”
- Murid melakukan pergerakan naik dan
  turun (kaki kiri naik  di ikuti kaki  kanan
  kemudian kaki kiri turun di ikuti kaki kanan)
- Murid melakukan pergerakan mengikut
  rentak rakaman atau metronome - 96
  detik/minit selama 3 minit
- Selepas tamat murid dikehendaki duduk
  serta merta
- Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat
  perlakuan - kiraan dilakukan oleh guru atau
  menggunakan Polar Heart Rate Monitor
- Kadar nadi diambil dlm jangkamasa 1 minit
- Jika murid tidak menamatkan lakuan selama
  3 minit, skor murid ini dibatalkan#

Cikgu Hafiz incaj bahagian turun naik ni..







UJIAN 2 -  TEKAN TUBI
(1 MINIT)

TUJUAN : MENGUKUR KEUPAYAAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT TANGAN SERTA OTOT BAHU

PROSEDUR
- Mula dengan kedudukan sokong hadapan
  dengan berat badan disokong oleh tangan
  yang lurus dan dan jari-jari kaki. Badan
  diluruskan
- Turunkan badan dengan membengkokkan
  siku sehingga dada menyentuh span
- Luruskan tangan seperti dlm kedudukan
  sedia
- Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak
  berupaya meneruskannya
- Ujian akan ditamatkan jika murid tidak
  melakukan aktiviti secara sempurna
  mengikut arahan 1 hingga 3
- Murid B mengira dan merekod bilangan
  lakuan Murid A


 Stesen tekan tubi diuruskan Ustaz Azwari


UJIAN 2 - TEKAN TUBI SUAIAN (1 MINIT)
TUJUAN : MENGUKUR KEUPAYAAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT TANGAN SERTA OTOT BAHU


PROSEDUR

- Mula dengan kedudukan sokong hadapan
  dengan berat badan disokong oleh tangan
  yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki
  bersilang. Badan diluruskan
- Turunkan badan dengan membengkokkan
  siku sehingga dada menyentuh span
- Luruskan tangan seperti dlm kedudukan
  sedia
- Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak
  berupaya meneruskannya
- Ujian akan ditamatkan jika murid tidak
  melakukan aktiviti secara sempurna
  mengikut arahan 1 hingga 3
- Murid B mengira dan merekod bilangan
  lakuan Murid A




UJIAN 3 -  RINGKUK TUBI SEPARA 
(1 MINIT)

TUJUAN : MENGUKUR DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT ABDOMEN

PROSEDUR

- Ujian ini dijalankan dengan murid memakai
  kasut yang sesuai
- Murid A berbaring dgn lutut bengkok 90
  darjah dan tumit dan kaki sentiasa
  menyentuh lantai
- Buka kaki seluas bahu
- Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan
  hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat
  pertama
- Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu
  diangkat supaya jari tengah kedua-dua
  tangan menyentuh bahagian luar pelekat
  kedua
-Bahagian bawah belakang badan hendaklah
  rata dan jari tengah pada kedudukan asal
  (ulang prosedur 4) sebelum melakukan
  ulangan yang seterusnya
- Murid melakukan pergerakan mengikut
  rentak rakaman atau metronome dengan
  kadar 50 detik/minit selama 1 minit
- Murid B mengira ulangan perlakuan
Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A
- Berasa tidak selesa
- Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua
- Tumit terangkat








UJIAN 4 -  JANGKAUAN MELUNJUR

TUJUAN : MENGUKUR FLEKSIBILITI

PROSEDUR

- Murid duduk melunjur tanpa kasut.
- Tumit kaki di letak di belakang penanda 23
  sentimeter.
- Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian.
   Rakan memegang lutut.
- Tapak tangan kanana ditindih di atas belakang
   tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari
   tengah hendaklah sama.
- Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan
  perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita
  pengukur.
- Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat
  tanpa menyentap.
- Murid diberi tiga percubaan berturut-turut.
– Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor.
  Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir.
- Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan.
- Murid yang membantu memegang lutut pelaku
  tidak menganggu pelaku.