Friday, April 29, 2016

PROGRAM JALINAN 'OUTREACH' FROG VLE SKK SK PEKAN JAYA 2016

Tarikh   : 28 dan 29 April 2016
Tempat  : Sk Ahmad, Pekan
Masa     : 2.30 ptg - 5.00 ptg

SKK SK Pekan Jaya telah bersetuju untuk melaksanakan jalinan dengan SK Ahmad, Pekan dalam usaha menggerakan penggunaan Frog VLE di sekolah berkenaan. Guru Penolong Kanan Pentadbiran sekolah berkenaan Pn. Zaiton telahpun terlebih dahulu melakukan observasi pelaksanaan Frog VLE di SK Pekan Jaya selama 2 minggu sebagai memenuhi salah satu keperluan kursus beliau. Beliau tertarik dengan teknik PdP menggunakan pelantaran maya berkenaan dan berharap ia dapat dikongsi dengan guru-guru di sekolah beliau. Setelah persetujuan dicapai, Frog Admin SKK SK Pekan Jaya, Us. Nazrul Hadi juga selaku Jurulatih Utama Frog VLE Daerah Pekan telah dijemput untuk berkolaborasi dan memberikan pendedahan asas kepada 12 orang guru sekolah berkenaan yang kemudiannya akan menjadi mentor kepada guru-guru lain. Alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan jayanya dan diharapkan SK Ahmad selepas ini akan menjadi kompetitif dalam penggunaan Frog VLE. Syabas diucapkan.

HARI PERTAMA 






HARI KEDUA
















Wednesday, April 27, 2016

PERASMIAN PUSAT SUMBER MINI HADIQATUL ILMI SK PEKAN JAYA

Tarikh : 25 April 2016
Masa   : 12.30 tgh
Tempat : Bilik j-QAF

Selain acara-acara yang dilaksanakan di Dewan Gemilang, salah satu program yang diatur termasuklah perasmian Pusat Sumber Mini yang bertempat di Bilik j-QAF SK Pekan Jaya. Dalam masa tidak sampai seminggu, satu transformasi besar telah berlaku dan usaha yang gigih telah digembeleng oleh guru-guru Pendidikan Islam dan Guru Bahasa Arab dalam merealisasikannya. Ternyata segala usaha itu berbaloi dan membuahkan hasil yang amat manis untuk dikecapi seluruh warga SK Pekan Jaya. Tahniah kepada KP PAI Pn. Siti Umey Nafisah atas 'leadership'nya, Penyelaras Bilik j-QAF Pn. Zaiha dan seluruh warga kerja GPI dan GBA. Kalian memang awesome...termasuk pihak pentadbiran yang sentiasa menyokong usaha murni ini khususnya buat GPK HEM yang sama naik usahanya dengan para guru. Terima kasih.

















Berdiri dari kiri: Us. Azwari, Us. Nazrul (Admin), Ust. Azlina, Ust. Yani, Pn. Harison (GPK HEM) dan Ust. Murni. Duduk dari kiri: Ust. Siti Umey, Ust. Zaiha, Ust. Azean, Ust. Faridah. Tidak dilupakn Ust. Tg. Fatimah yang tiada  bersama pada hari bersejarah ini.


MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT SKK SK PEKAN JAYA 2016

Tarikh : 25 April 2016
Masa   : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Gemilang, Pusat Sumber dan Bilik Tayangan

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama pihak Perpustakaan Awam Daerah Pekan dan dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Pekan yang diwakili oleh En. Kamaruzaman bin Ali. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus membuat persiapan walaupun masa yag diperuntukkan sangat singkat ditambah dengan pelbagai bebanan tugas yang lain. Bagi memeriahkan program ini, pelbagai acara turut diadakan dengan disertai oleh beberapa buah sekolah dari sekitar Pekan. Antaranya ialah :
1. Perasmian Perpustakaan Mini Bilik j-QAF
2. Pertandingan Bercerita Kisah Rakyat
3. Pertandingan Resensi Buku
4. Persembahan Resensi Buku oleh murid PKI.
5. Persembahan koir

Montaj dan juga gimik perasmian yang disediakan oleh Admin.

Perasmi En. Kamaruzaman bin Ali mewakili PPD Pekan disertai Pn. Rohaida selaku
Ketua Perpustakaan Awam Daerah Pekan dan Pn. Harison GPK HEM
 mewakili Guru Besar.

Pustakawan SK Pekan Jaya bersedia untuk mengedarkan buku-buku.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh YBHG. Us. Khairul Azwari

Murid mula membaca tepat jam 11.00 pagi hingga11.30 pagi.



Guru dari sekolah berhampiran turut memeriahkan acara.

Persembahan koir yang mantap dan bertenaga dari team koir SK Pekan Jaya.

 Resensi buku oleh murid PKI dari SBT SK Seri Biram. Hebat!!!

Persembahan pantun dari SK Pekan Jaya.

Ucapan aluan Tn. Sy.Lutfi selaku GPK Kokurikulum mewakili Guru Besar.

 Ucapan perasmian.

 Gimik perasmian.


 
 Penyampaian hadiah kepada para peserta pertandingan.













 Cenderamata kepada para hakim. Dimulai dengan Pn. Nur Hafizah SK Seri Biram.

 Pn. Hazaliza SK Pahang Tua.

 En. Rosli SK Seri Terentang.

 Pn. Shaidatul Asmah SK Pekan Jaya.

 Persembahan oleh Johan Pertandingan Resensi Buku  dari SBT SK Seri Biram.

 Persembahan oleh Adik Raees Mirza Johan Bercerita dari SKK SK Pekan Jaya.


Cendemata kepada perasmi.

 
 Cenderamata daripada pihak Perpustakaan Awam Daerah Pekan.

 Gambar kenang-kenangan. Semga kerjasama yang terjalin akan dapat
diperkukuhkan lagi di masa-masa akan datang.

Tahniah kepada Cikgu Hafiz selaku guru media dan pasukannya.
Penghargaan kepada Cr. Zainuddin selaku ajk rakaman atas gambar-gambar yang
dapat dikongsi bersama dalam post pada kali ini.