Saturday, October 24, 2015

PROGRAM PASCA UPSR ( SUKANEKA )

Bermula 19 - 23 Oktober 2015, Jawatankuasa Tahun 6 dan Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah merancang pelbagai program bagi mengisi jadual murid-murid tahun 6 yang sudah selesai menduduki UPSR supaya masa terluang dapat dipenuhi dengan aktiviti berfaedah. Lantaran itu acara sukaneka antara agenda yang dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya. Seronok sungguh mereka setelah beberapa bulan mengerah minda dan tenaga ke arah peperiksaan. Kini masa untuk 'enjoy.'

Apa yang penting ialah semua terhibur dan dapat hilangkan stress.


Cikgu Suraya selaku Guru Penyelaras Tahun 6 turut serta turun padang.

Goyang gerudi oleh Cikgu Mazarul menggamatkan suasana.









Tidak kira berapa kali kita jatuh, yang penting ialah kemahuan untuk bangkit kembali.





Tuesday, October 20, 2015

LATIHAN KEBAKARAN 2015

Pada 15 Oktober 2015, Jawatankuasa 3K dengan jalinan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Peramu telah mengadakan satu latihan kebakaran atau 'Fire Drill'. Program tahunan ini merupakan salah satu inisiatif bagi memastikan murid dan kakitangan sekolah sentiasa peka dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kes kebakaran di sekolah. Di samping mendapat input dari pegawai-pegawai bomba, murid dan guru juga berpeluang melihat dan mencuba teknik memadam kebakaran yang betul. Terima kasih kepada Balai Bomba Peramu dan semua guru dan staf yang terlibat menjayakan latihan ini. Semoga kita sentiasa dillindungi oleh Allah Taala dari segala musibah dan bencana.

 Murid keluar dengan tersusun sejurus loceng kecemasan dibunyikan.

Pegawai bomba memerhatikan pergerakan keluar murid.

 Ustaz Nazrul  (Blogger) memberi taklimat ringkas.


 Pegawai Bomba memberikan taklimat dan merumus latihan yang telah dijalankan.

 Tunjuk cara memadamkan kebakaran yang berpunca dari minyak.

 Murid berpeluang mengambil bahagian.

 Tidak semua berani mencuba. Tahniah.

 Cikgu Ainza tidak ketinggalan mencuba.

 Wakil guru lelaki, Cikgu Nadzmi, dah nampak macam ahli bomba sebenar.



Tak cukup dengan latihan, boleh naik pulak kereta bomba...peghh...memang best dan berbaloi..

Tuesday, October 6, 2015

HARI SUKAN SEKOLAH 2015

Tarikh       : 04 Oktober 2015
Perasmian : Dato' Seri Sh. Mohmed Fuzi bin Sh. Ali ( ADUN Peramu Jaya )
Johan         : Rumah Hijau

Dilemma dengan masalah jerebu yang tidak menentu, akhirnya alhiamdulillah Hari Sukan Sekolah Tahun 2015 berjaya direalisasikan juga. Selama seminggu bermula 28 September - 2 Oktober pelbagai persiapan telah diatur dan beberapa acara seperti lontaran dan lompat jauh telah dijalankan secara berperingkat. Rumah Biru yang mendahului dalam acara lontaran dan lompatan akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan Rumah Hijau yang begitu cemerlang dalam acara balapan. Tahniah seluruh warga sekolah atas sokongan padu semua dalam menjayakan sukan pada tahun ini. Sukan untuk semua!!


Acara perarakan rumah sukan dimulakan dengan kontinjen Pra Sekolah.

Kontinjen Rumah Kuning.

Kontinjen Rumah Hijau.

Kontinjen Rumah Biru.

Kontinjen Rumah Merah

Lintas hormat di saksikan oleh YB ADUN Peramu Jaya disertai YDP PIBG, 
wakil PPD dan Guru Besar.

Paluan gong 10 kali sebagai simbolik Sukan Tahunan Yang Ke 10.


 Acara balapan bermula

Mohamad Haziq Imran terpilih Olahragawan Sukan Tahunan SKK SKPej Tahun 2015.

Rumah Hijau menguatkan cengkamannya dengan memenangi Johan Keseluruhan meninggalkan jauh pencabar-pencabarnya pada tahun ini.

Acara belia turut mencuri tumpuan.

Sukaneka juga disediakan untuk ibubapa.