Tuesday, November 22, 2016

HARI TERBUKA SKK SK PEKAN JAYA 2016

Tarikh    : 22 Nov. 2016
Masa      : 10.45 pg - 1.30 ptg
Tempat   : Bilik Kelas

Hari ini, 22 November merupakan hari ibu bapa diberi kesempatan mengambil slip keputusan peperiksaan anak masing-masing. Kesempatan ini diambil ibu bapa seawal jam 10.45 pagi bagi berbincang dan mengambil maklum isu-isu melibatkan pembelajaran, sahsiah dan perkembangan anak masing-masing. Ibubapa yang hadir kemudian dibenarkan mengambil terus anak-anak mereka untuk dibawa pulang. Semoga pertemuan seperti ini dapat diadakan dari semasa ke semasa bagi memastikan hubungan ibubapa penjaga dengan pihak sekolah dapat diperkukuhkan dan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan anak didik di SK Pekan Jaya. Tahniah guru-guru yang berhempas pulas menyediakan laporan setelah selesai peperiksaan, menanda kertas  jawapan dan lain-lain tugas yang amat banyak di minggu akhir persekolahan ini termasuk Hari Kecemerlangan yang dijadualkan pada petang hari esok dan Annual Dinner pada malam esok.  

 1 Intelek

 Anak-anak guru...terpaksalah tunggu ibu-ibu selesai 
melayan ibubapa yang lain dulu ..sabar ye..
 1 Inovatif





 4 Intelek

  5 Inovatif
 5 Intelek
 4 Inovatif
3 Intelek


No comments:

Post a Comment