Thursday, October 18, 2018

GOTONG- ROYONG PROJEK KLUSTER MEMBINA LAPANGAN LONTAR PELURU ( KEBITARAAN OLAHGARA ) 2018

Tarikh : 17 dan 18 Oktober 2018
Tempat : Padang sekolah









ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

Tarikh: 16 Oktober 2018
Masa : 2.30 ptg
Tempat : BTP Bukit Kiara Kuala Lumpur
Pencapaian : Keempat Kategori Anugerah Sekolah Bestari Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2018






Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan pengiktirafan dan penghargaan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia kepada murid-murid, guru-guru dan sekolah-sekolah yang telah menjayakan inovasi dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah serta pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah berbantukan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Program ini bertujuan menyediakan kerangka asas peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pengurusan dan pentadbiran sekolah (PdT) dan mengayakan hasil pembelajaran murid melalui penggunaan ICT. Ini adalah kerana ICT berpotensi besar, memacu dan memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran untuk mengoptimumkan potensi murid menguasai kemahiran abad ke-21 serta melahirkan murid yang dinamik, fleksibel dan adaptif  dalam menghadapi apa juga situasi serta berjaya mendepani cabaran kehidupan di era Revolusi Industri ke-4 (IR 4.0).

Telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr. Maszlee bin Malik pada 16 Oktober 2018,  Anugerah Pembestarian Sekolah yang mula diadakan secara tahunan sejak empat tahun yang lalu, menunjukkan kesungguhan dan komitmen Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam membangun dan membina modal insan bertaraf dunia. Dengan misi untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berbantukan teknologi secara sistemik, khususnya dari segi ketersediaan infrastruktur, kemudahan dan aplikasi, kepimpinan, pembangunan modal insan dan penggunaan ICT di samping menyepadukan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ICT juga menjadi pengupaya (enabler) bagi merapatkan jurang digital yang wujud antara murid-murid di kawasan bandar dan luar bandar.

Pada tahun ini, Anugerah ini diperhebatkan lagi dengan usahasama dan sumbangan rakan-rakan strategik KPM, antaranya Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), yang banyak membantu dalam aktiviti penghasilan inovasi digital melalui gerakan #mydigitalmaker; Cyber Security Malaysia, melalui aktiviti kesedaran keselamatan siber iaitu program CyberSAFE in Schools; DiGi; Google; Microsoft; YTL Foundation; institusi pengajian tinggi dan sebagainya yang sama-sama berusaha untuk mengisi minda, memupuk minat dan mengasah kemahiran murid melalui pelbagai aktiviti dan telah menyumbang sama ada dalam bentuk peralatan, perkakasan, kepakaran dan juga hadiah berupa wang tunai.

Majlis Anugerah yang dihadiri oleh 400 peserta, kebanyakannya terdiri daripada pemenang-pemenang yang datang daripada seluruh pelosok tanahair, membawa pulang hadiah-hadiah yang dipertandingkan dalam pelbagai kategori, antaranya Pencapaian Tahap Bestari Terbaik, Murid dan Guru Bestari Cemerlang, Pusat Sumber Sekolah Terbaik, Digital Story Telling Animation dan Penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Virtual Learning Environment – VLE) Terbaik.
















Bersama Pegawai Khas YB Menteri


Kontinjen Pahang





HARI SUKAN NEGARA 2018

Tarikh : 17 Oktober 2018
Masa : 7.30 pagi
Tempat: Dataran Bestari, Dewan Terbuka, Padang Sekolah
Aktiviti : Senamrobik, Sukaneka, Futsal dan Bola Jaring