Sunday, August 30, 2015

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PRA SEKOLAH SK PEKAN JAYA KE MELAKA BANDAR BERSEJARAH 2015

Tarikh : 28 Ogos 2015
Tempat : Melaka Bandar Bersejarah

Program lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh pra sekolah SKPej dengan kerjasama Persatuan Ibubapa Pra Sekolah PEWARIS telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang sekali. Kali ini, Melaka menjadi tempat yang dipilih bagi program berkenaan.








Friday, August 28, 2015

KARNIVAL BAHASA PRA SEKOLAH PERINGKAT KELOMPOK PERAMU 2015

Tarikh : 27 Ogos 2015
Tempat : SK Pekan Jaya
Pencapaian :
1. Johan Kategori Bahasa Melayu
2. Naib Johan Kategori Bahasa Melayu
3. Ketiga Kategori Bahasa Inggeris

Syabas dan tahniah diucapkan. Semoga dapat diteruskan kejayaan di peringkat daerah Pekan.


Tn.Syed Mohd Lutfi, GPK Kokurikulum SK Pekan Jaya mewakili Guru Besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Wednesday, August 26, 2015

SELAMAT DATANG KE PUSAT AKSES SEKOLAH (PuAS) SKK SK PEKAN JAYA

Pusat Akses SKK SK Pekan Jaya menyediakan perkhidmatan untuk mendapat akses internet dan maklumat kepada murid, guru, kakitangan dan ibu bapa. Beroperasi setiap hari seawal 7.45 pagi hingga 4.30 petang setiap hari bekerja. Dan bermula jam 9 - 11 pagi setiap hari Sabtu. Berfungsi sebagai Siber Cafe dalam perkarangan sekolah, Pusat Akses ini telah diperkemaskan lagi dengan bekalan 40 unit Chromebook dan Zoom Yes4G yang memberikan kepantasan dan kepuasan dalam melayari internet pada bila-bila masa. Sila hubungi En. Nazrul Hadi Azmi ( Guru Penyelaras Bestari) di talian pej, 094269298 jika memerlukan sebarang penjelasan dan maklumat berhubung Pusat Akses sekolah kami.






















KEJOHANAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRA SEKOLAH KELOMPOK PERAMU 2015

Tarikh : 20 Ogos 2015
Tempat : SK Indera Shahbandar
Pencapaian :
1. Ketiga Kategori Futsal
2. Ketiga Kategori Bola Jaring

Tahniah dan syabas kepada bakat-bakat cilik yang bakal mewarnai pentas sukan sekolah sedikit masa lagi.



Tuesday, August 25, 2015

PERTANDINGAN TARIAN TRADISIONAL SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI PAHANG 2015

Tarikh : 22 & 23 Ogos 2015
Tempat: SMK Seri Tualang
Pencapaian : Tempat Kedua Keseluruhan


Pasukan dari Pekan yang sebahagiannya diwakili murid SK Pekan Jaya berjaya mendapat tempat kedua keseluruhan melibatkan persembahan tarian inang, zapin, joget dan tarian rakyat.

Wednesday, August 5, 2015

LAWATAN PENANDA ARASAN SKK SK SG. DUA, KUALA PILAH, N.SEMBILAN

Tarikh : 01 Ogos 2015
Masa   : 10.30 pagi - 1.30 ptg

Tanggal 01 Ogos 2015, sekolah telah menerima satu lagi rombongan penanda arasan. Kali ini giliran sekolah dari Neghori Sembilan pula datang melawat. SK Sg. Dua, sebuah sekolah SKM yang hebat juga sebuah sekolah SKK dengan kebitaraan Hoki dan B.Melayu mengadakan lawatan kali ini dengan sejumlah 40 orang guru dan murid. Walaupun pada hari Sabtu, cuti hujung minggu, namun kehadiran mereka disambut dengan meriah oleh warga SKK SK Pekan Jaya. Dimulakan dengan sambutan tarian selamat datang, sesi minum pagi, para pelawat terus saja dibawa ke Bilik Gerakan untuk sesi taklimat, menandatangani jalinan dan kemudian diikuti dengan lawatan ke sekitar kawasan sekolah. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.


Tarian menyambut ketibaan tetamu dari Negeri Sembilan.

 Ketibaan rombongan.






 Sebahagian guru yang bersama menyambut tetamu yang datang.

Rombongan diketuai oleh En. Yunus, Guru Besar SKK SK Sg.Dua.


 
 Tarian menyambut kehadiran rombongan dari jauh.


 Sarapan.

 Sesi perkongsian oleh Guru Besar SKK SK Pekan Jaya.

Guru Besar SKK SK Sg. Dua membuat ucapan.

Sesi menandatangani jalinan antara kedua sekolah.


 Pertukaran cenderamata penghargaan dan kenangan.

Bilik Pendidikan Islam


 Quranic Centre

 Bilik Bitara Bahasa

 Kelas Rintis Abad Ke 21

 Pusat Akses