Tuesday, March 31, 2015

MAJLIS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT KELOMPOK PERAMU DAN PERINGKAT DAERAH PEKAN 2015

Tarikh         : 30 Mac 2015
Venue         : SK Tanah Puteh
Pencapaian  :
Tilawah Lelaki          - Keempat
Tilawah Perempuan  - Johan
Hafazan Lelaki          - Naib Johan
Hafazan Perempuan  - Naib Johan
Bercerita Lelaki         - Ketiga
Bercerita Perempuan  - Naib Johan
Nasyid                        - Ketiga
Keseluruhan               - JOHAN KELOMPOK PERAMU 2015 ( Kali Ke 8 berturut- turut)




Solehah Zainuddin merangkul Naib Johan Tilawah Peringkat Daerah Pekan 2015


Tahniah kepada semua peserta, jurulatih dan guru pembimbing.

 Adik Solehah Zainuddin Johan Tilawah (P) Kelompok Peramu



 Adik Raees Mirza Ketiga Bercerita
Adik Taufiq, Keempat Tilawah (L)

Thursday, March 26, 2015

MINGGU PPdA 2015

Tarikh : 23 - 27 Mac 2015

Pelbagai program telah dilaksanakan sempena minggu PPDA SKK SK Pekan Jaya yang bermula dengan pelancarannya pada 23 Mac sejurus selepas perhimpunan rasmi. Program ini bertujuan melahirkan kesedaran kepada murid akan kepentingan cara hidup sihat dan menjauhkan diri dari unsur yang memudaratkan seperti dadah, rokok, vape dan lain-lain. Acara tahunan ini mendapat kerjasama semua pihak dan aktiviti yang dijalankan sangat menyeronokkan, berinformasi dan mencapai matlamat.

 Perasmian oleh GPK Pentadbiran Pn. Azizah bt Abdullah.

 Pelbagai aktiviti bersajak, puisi dan pantun berkaitan PPdA.




 Pertandingan kuiz dikelolakan oleh Pn. Nor Mazlina Zainuddin, Penyelaras PPdA.



 Bilik PPdA dibuka sepanjang minggu untuk dilawati murid-murid.


 Pelbagai informasi berguna boleh diperolehi di sini.


 Senaman sebagai salah satu aktiviti gaya hidup sihat yang perlu diterapkan.



 Ucapan penutupan oleh Guru Besar.

 Penyampaian hadiah kepada yang berjaya dalam pelbagai pertandingan yang 
dijalankan sepanjang minggu.




Program diakhiri dengan bacaan sajak oleh Adik Nur Aleeya Zaheeda.
Syabas kepada Unit PPDA atas penganjuran penuh bermakna ini. 

Gambar ihsan CR. Zainuddin.

Friday, March 20, 2015

KIOSK FROG VLE UNTUK PENDAFTARAN IBUBAPA

Tarikh : 14 Mac 2015
Masa : 8.00 - 9.00 pagi
Tempat : Dewan Gemilang

Bersempena dengan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 11, Unit ICT mengambil kesempatan untuk melancarkan Kiosk Frog VLE bertujuan  memberi ruang ibubapa mendaftarkan akaun frog masing-masing. Alhamdulillah, melalui cara ini dapat sedikit sebanyak memberi impak kepada login ibubapa yang agak suram sebelum ini. Secara umumnya, sebahagian besar ibubapa masih memerlukan bimbingan untuk mendaftarkan diri masing-masing.



 




Tuesday, March 17, 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG SK PEKAN JAYA KALI KE 11, 2015

Tarikh  : 14 Mac 2015
Masa    :  8.00 pagi
Tempat : Dewan Gemilang SK Pekan Jaya
Perasmi : Pengurus Bank Kerjasama Rakyat (M) Cawangan Pekan

Majlis dimulakan dengan mesyuarat agung, pembentangan usul , pembubaran jawatankuasa lama dan pelantikan jawatankuasa baru. Seterusnya majlis diteruskan dengan perasmian oleh Pengurus Bank Rakyat Cawangan Pekan dan diikuti dengan jamuan selepas itu. Semoga AJK yang baru dilantik bakal membawa perubahan dalam PIBG SK Pekan Jaya.


Pendaftaran

Unit ICT mengambil kesempatan mesyuarat agung untuk 
membuka kaunter pendaftaran akaun Frog VLE untuk ibubapa.






 Pencatat minit.


 AJK bahagian siaraya.


Majlis Perasmian dimulakan dengan bacaan doa 
oleh Al-Fadhil Ust Mohd Syamsul.

 Ucapan YDP PIBG

Ucapan aluan Guru Besar.

Ucapan perasmian.



Jamuan sesudah penat bermesyuarat.








Sesi pembentangan minit dan penyata kewangan.

Barisan AJK baru PIBG.

Pembentangan usul.
Ketibaan perasmi