Wednesday, September 26, 2018

PENYAMPAIAN HADIAH FROGPLAY BAGI MINGGU 4,5 dan 6 SERTA BULAN OGOS ( MATEMATIK ) 2018

Tarikh : 18 September 2018
Masa : 7.45 pagi.
Tempat : Dataran Bestari

Tahniah kepada semua pemenang. Teruskan berusaha untuk mendapat tempat terbaik dan sekaligus meningkatkan pencapaian akademik murid dan pencapaian VLE sekolah.




















MALAYSIA MATHEMATICS AND SCIENCE COMPETITION 2018 NATIONAL LEVEL

Tempat : SMK CHUKAI,TERENGGANU
Tarikh : 21 Sept 2018






PENILAIAN BAGI PENCALONAN ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2018 KATEGORI SEKOLAH BESTARI CEMERLANG

Tarikh : 19 September 2018
Masa : 8.30 - 12.00 tgh
Tempat: Pembentangan - Bilik Mesyuarat 

Panel Penilai : 
1. En. Shaharizan Ibrahim (Ketua Unit Pembestarian BTP, Bukit Kiara )
2. En. Muhammad Hafiz Ahmad Hanit (Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM)

Wakil BTPN Pahang
1. En. Saiful Nizam
2. En Aimi

Wakil PKG
1. En Rozman Ibrahim

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana buat kali ke 2 dalam tempoh 2 tahun SK Pekan Jaya telah sekali lagi tercalon bagi Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan 2018. Kali ini, SK Pekan Jaya tercalon dalam kategori Anugerah Sekolah Bestari Cemerlang yang merupakan anugerah paling tinggi dan paling berprestij dalam pembestarian sekolah peringkat kebangsaan.

Pada mulanya SK Pekan Jaya hanya diminta menyediakan Powerpoint Presentation bagi pencalonan awal dengan mengambil kira pelbagai aspek pembestarian sekolah selama 3 tahun bermula 2016 hingga 2018. Antara syarat utama untuk dicalonkan bagi kategori ini ialah prestasi SSQS 5 Bintang 3 tahun berturut-turut serta pencapaian KPI Frog VLE sekolah.

Syukur selepas beberapa ketika, sekolah mendapat makluman bahawa sekolah telah tercalon dalam 5 sekolah terbaik dan akan dinilai. Semoga kali ini Allah memberikan peluang untuk SK Pekan Jaya menduduki podium. Jika tidak pun, kami bersyukur dengan 5 tempat terbaik di Malaysia, menunjukkan adanya pihak yang mengambil perhatian akan usaha pembestarian yang kami jalankan di sekolah ini walaupun sekolah ini sebuah sekolah bestari luar bandar. Bagi Admin, ini adalah suatu pencapaian luar biasa dan bukan sesuatu yang pernah dimimpikan.

Sekalung penghargaan buat semua warga SK Pekan Jaya atas sokongan berterusan dan membudayakan teknologi dan ICT dalam pendidikan.