Thursday, May 26, 2016

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU KHARULAZUAN DAN CIKGU ABDUL SALAM

Tarikh : 25 Mei 2016
Tempat : Dewan Gemilang SK Pekan Jaya

Telah berlangsung sebentar tadi majlis perpisahan Cikgu Kharulazuan bin Abdullah dan Cikgu Abdul Salam bin Jusoh. Kedua-dua guru ini telah banyak mencurahkan bakti sepanjang berada di bumi SK Pekan Jaya dan kini meneruskan perkhidmatan di SK Ubai. Cikgu Azuan mula berkhidmat di sini sejak tahun 2009 dan Cikgu Salam sejak 2012. Terima kasih atas jasa dan sumbangan, mohon ampun segala kekhilafan, semoga persahabatan  terus berkekalan. Lumrah sebagai warga pendidikan, pertukaran merupakan asam garam demi kepentingan perkhidmatan. Semoga terus cemerlang di tempat baru kami doakan.

bunga kemboja putih berseri 
putihnya melur di hujung dahan 
atas hubungan kerja serta pertolongan yang diberi 
puji syukur serta terima kasih kami ucapkan

video
Klip video simple 'Tribute To Cikgu Azuan and Cikgu Salam".


Teacher Mazlina sebagai pengacara pada hari ini.


tanam lenggun tumbuh kelapa 
terbit bunga pucuk mati 
budi tuan kami tidak lupa 
telah terpahat di dalam hati



Ustaz Azwari membacakan doa bagi memulakan majlis.

Cikgu Azuan menyampaikan ucapannya.
Giliran Cikgu Salam pula berucap dengan penuh emosi..hehe.

 Kelab Guru dan Kakitangan.
 

 Panitia Bahasa Melayu

ayam rintik tepi di tepi hutan 
terlihat dari pinggir telaga 
nama yang baik lantas ingatan 
seribu tahun terkenang juga 

 Panitia Bahasa Inggeris

 
 Panitia Matematik

 Panitia Sains

 Panitia Agama Islam

  Ucapan Pn. Azizah GPK Pentadbiran mewakili Guru Besar 
dan seluruh warga SK Pekan Jaya.
 




hari ini menanam jagung 
hari besok menanam serai 
hari ini kita berkampung 
hari besok kita bersurai 

 * Maaf kualiti gambar kurang memuaskan ( dalam dewan yang kurang pencahayaan )



Tuesday, May 17, 2016

SAMBUTAN HARI GURU SK PEKAN JAYA 2016

Tarikh : 16 Mei 2016
Tempat : Dewan Gemilang dan Dataran Bestari
Anjuran : Kelab Guru dan Kakitangan SK Pekan Jaya
Tema : Traditional International


 Semua guru, staf dan murid bersiap sedia di Dataran Bestari.
 Tak sabar menanti...apa kejutan yang bakal berlaku.


 Masing-masing bergaya mengikut tema tahun ini.






 Miss Korea and Miss Egypt..
 Mr Asia, Mr Kashmir dan Mr Indonesia
 Cikgu Hafiz bergaya sakan ala Dilwale..
Terpaksa selfie sebab selalu tak masuk dalam gambar..huhu
GB membacakan perutusan Menteri Pendidikan.
GPK Pentadbiran membacakan perutusan KPPM.
 GPK Kokurikulum mengetuai bacaan ikrar

  
 

 Diikuti nyanyian lagu 'Guru Malaysia' dan lagu tema 'Guru Pembina Negara Bangsa'.



 Geng Bollywood..termasuk GB dan GPK 1
Upacara memotong kek...
Sesi bergambar..
Terbaikkkk....itulah ungkapan yag sesuai untutk sambutan tahun ini...awesome... 
Geng Arab Badwi..hehehe


Acara sukaneka dimulakan dengan acara memasukkan getah dalam tiang bendera. 
Meenachi.. 
Red Indian... 

Seterusnya Nana ready untuk boling buah kelapa... 



GB turut tidak ketinggalan mengikuti acara sukaneka.. 

Buat pertama kalinya kumpulan guru dan staf tidak dibahagi mengikut Rumah Sukan... 

 Cikgu Syed menguruskan acara sukaneka..
Miss Hawaii....alohaaa 

Sejurus selepas jamuan, sambutan kembali dihangatkan dengan kuiz Sayang Sayang Sekolah...
Cikgu Mat mengungguli acara kuiz dengan kutipan markah tertinggi... 
 Kuiz berkisar sejarah sekolah dan kenali rakan setugas..
Setiap Kumpulan diwakili 5 orang. 
Aplikasi Kahoot memang awesome... 
Persembahan murid.. 
Persembahan guru dan staf...Cikgu Saffiyah dan Pn. Nurmaatun tidak ketinggalan 
menyampaikan lagu tradisional dengan ahli kumpulan GPK Hem..

Kumpulan GPK Ko dengan persembahan tarian agogo dengan iringan lagu Mas Mona.. 



Kumpulan GB menyampaikan puisi dengan penuh penghayatan.. 




Cikgu Din teraju utama dalam ini wayang..hahaha..sebagai Nana 
dan Cikgu Azizah sebagai Aci...
 Persembahan Kumpulan 2 yang memukau..hantu-hantu

 
Pengerusi KGKT Us. Azwari menyampaikan hadiah kelahiran bayi kepada Cikgu Hafiz. 
Cikgu Suraya menang acara Kostum Wanita Terbaik dengan tema Dutch Ladynya... 
Cikgu Mat menang acara Kostum Lelaki Terbaik dengan pakaian Kashmirnya.. 
Dan persembahan terbaik jatuh kepada Kumpulan 2 
dengan persembahan lagu Aci-aci Buka Pintu.. 
Kru Aci-aci Buka Pintu yang sungguh komited memberikan persembahan yang memukau.. 
Hari Guru tahun ini disifatkan sebagai yang terbaik sepanjang zaman 
di SKK SK Pekan Jaya..
Syabas kepada KGKT dan semua AJK yang menjayakannya.
Kalau satu hati..tiada apa yang mustahil...awesome..


video
Video amatur ( murid ) rakaman persembahan Aci-Aci Buka Pintu 
yang memenangi persembahan terbaik.


video

Persembahan Lagu Mas Mona berjaya mencuit hati penonton...