Tuesday, September 19, 2017

HAIWAN DIANCAM KEPUPUSAN


HAIWAN-HAIWAN DIANCAM KEPUPUSAN

1. SINGA AFRIKA ( AFRICAN LION )

FAKTA
Singa adalah salah satu kucing besar dalam keluarga Felidae dan ahli genus Panthera.
Ia telah disenaraikan sebagai haiwan terancam pada Senarai Merah IUCN sejak tahun
1996, kerana populasi di negara-negara Afrika berkurangan sebanyak kira-kira 43%
sejak awal 1990-an.

Nama saintifik: Panthera leo
Jangka hayat: 10 - 14 tahun (dewasa, di alam liar)
Kelajuan: 50 bsj (Maksimum)
Status pemuliharaan: Terancam (populasi menurun)
Berat: Jantan: 420 kg (Dewasa), Betina: 280 kg (Dewasa)
Adakah anda tahu: Singa berehat selama kira-kira dua puluh jam setiap hari.

PAUTAN


GAMBAR







2.PENYU LAUT HIJAU ( GREEN SEA TURTLE )


FAKTA

Penyu laut hijau, juga dikenali sebagai penyu hijau, penyu hitam, atau penyu hijau Pasifik, adalah penyu laut besar dari keluarga Cheloniidae. Ia adalah satu-satunya spesies dalam genus Chelonia.

Nama saintifik: Chelonia mydas
Status pemuliharaan: Terancam (populasi menurun)
Berat: 350 paun (Dewasa)
Kelas: Reptilia
Keluarga: Cheloniidae
Adakah anda tahu: Terdapat dua subpopulasi utama Penyu Laut Hijau, Populasi Atlantik dan Populasi Pasifik

PAUTAN







3. HARIMAU KUMBANG SALJU ( SNOW LEOPARD )

Harimau Kumbang Salju adalah kucing besar yang berasal dari kawasan gunung Asia Tengah dan Selatan. Ia disenaraikan sebagai terancam pada Senarai Merah Spesies Terancam IUCN kerana, pada tahun 2003.

Nama saintifik: Panthera uncia
Status pemuliharaan: Terancam (populasi berkurangan) 
Jenis : Karnivor
Berat: 72 lbs (Dewasa)
Panjang: 3.8 kaki (Dewasa)
Adakah anda tahu: Rongga hidung Snow Leopard besar, untuk memanaskan udara sejuk.

PAUTAN


GAMBAR






4. HARIMAU SIBERIA ( SIBERIAN TIGER )

Harimau Siberia, juga dikenali sebagai harimau Amur, adalah subspesis harimau yang mendiami wilayah gunung Sikhote Alin dengan penduduk kecil di barat daya Wilayah Primorye di Timur Jauh Rusia.

Nama saintifik: Panthera tigris altaica
Status pemuliharaan: Terancam (populasi stabil)
Kedudukan: Subspesis
Klasifikasi yang lebih tinggi: Tiger
Adakah anda tahu: Dianggarkan hanya 350 hingga 450 harimau Amur yang hidup di alam liar.

PAUTAN



GAMBAR





5. JERUNG PUTIH ( GREAT WHITE SHARK )

FAKTA

Jerung putih , yang juga dikenali sebagai muncung putih adalah spesies ikan paus besar yang dapat ditemui di perairan permukaan pesisir semua lautan utama. 

Nama saintifik: Carcharodon carcharias
Berat: 1,500 - 2,400 kg (Dewasa)
Status pemuliharaan: Terancam
Kelajuan: 25 mph (Maximum, In Bursts Short)
Panjang: Betina: 15 - 21 kaki (Dewasa), Jantan: 11 - 13 kaki (Dewasa)
Adakah anda tahu: Dalam satu tahun, seekor Jerung Great White menggunakan kira-kira 11 tan makanan. 

PAUTAN




GAMBAR




FAKTOR-FAKTOR KEPUPUSAN

1. Pencemaran




-  Keadaan pencemaran yang teruk akan menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Faktor ini yang menyebabkan banyak hidupan akuatik semakin pupus.
- Hidupan seperti ikan lumba-luma dan paus pembunuh semakin pupus disebabkan pencemaran air terutamanya disebabkan oleh tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia yang suka mengotorkan laut.
- Beruang panda yang merupakan habitat yang istimewa yang hanya terdapat di negara China semakin pupus disebabkan pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepada kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama habitat ini.

2. Pembalakan Haram




- Pembalakan haram iaitu menebang spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal.
- Membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpan dan Taman Negara.  
- Apabila kegiatan pembalakan dijalankan, ia juga memusnahkan spesis tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang ia juga akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada di sekitar itu. Ia juga akan menyebabkan binatang-binatang yang hidup di kawasan itu lari dan mati. Seterusnya hakisan tanah juga akan berlaku.

3. Pembakaran Hutan 




- Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera telah menyebabkan spesis-spesis yang berada di kawasan tersebut musnah dan terancam.

4. Pemburu Haram 




- Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan adalah merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan ini.
 - Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan binatang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini.
 - Pemintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap bintang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa.
 - Harimau Malaya merupakan satu spesis yang semakin terancam kerana pemburuan terhadapnya semakin tinggi. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.

5. Peningkatan Suhu Dunia



- Faktor peningkatan suhu dunia ini juga merupakan punca utama kepupusan flora dan fauna di Malaysia.
- Faktor perubahan iklim ini bukanlah perkara baru dalam kepupusan flora dan fauna ini dimana antara faktor kepupusan binatang prasejarah seperti ‘dinasour’ adalah disebabkan perubahan cuaca dunia.
- Fenomena yang menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan sesetengah spesis haiwan dan tumbuh-tumbuhan terancam terutamanya haiwan dan tumbuhan yang tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan mnyebabkan kepupusan hidupan ini. 

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

1. PENGEKALAN

1.1 Penubuhan Hutan Simpan 
1.2 Penubuhan Taman Laut






2. PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN

2.1 Penanaman semula
2.2 Pembalakan secara terpilih





3. PENDIDIKAN

3.1 Kempen menentang pembalakan dan pencemaran
3.2 Kempen kesedaran kepentengan menjaga alam sekitar





4. PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

Menguatkasa peraturan yang ada dan mengambil tindakan tegas atas kepada



VIDEO


Thursday, September 14, 2017

Tarikh : 11 - 14 September 2017

Akhirnya UPSR menjelang tiba...semoga murid-murid tahun 6 SK Pekan Jaya terus cekal dab tabah menghadapinya dengan penuh keyakinan dan kesungguhan. UPSR hanyalah salah satu ujian dalam ujian-ujian hidup yang bakal ditempuh yang bersifat lebih besar dan lebih mencabar. Guru-guru dan ibubapa mendoakan kejayaan kalian...segala ilmu telah dicurahkan. Disamping itu, semua guru juga diminta menyediakan kata-kata semangat kepada semua murid. Berusahalah....Allah bersama orang-orang yang berusaha, berdoa dan bertawakkal kepadaNya..



 Pesanan Guru Penyelaras Tahun 6

 Cikgu Nadzmi membacakan doa memohon taufiq dan hidayahNya..
 Sebahagian ibubapa yang hadir memberi sokongan moral..
 Amanat Pn. Guru Besar
Pengawas menjaga setiap pergerakan murid bagi 
memastikan suasana tenang sepanjang minggu peperiksaan..