Tuesday, June 30, 2015

LATIHAN FROG VLE UNTUK GM1M CHAMPION SCHOOL

Tarikh : 30 Jun 2015
Masa   : 12.45 - 2.45
Tempat : Makmal Komputer SKK SK Pekan Jaya

Satu latihan bagi memperkenalkan fungsi terbaru Frog VLE kepada GM1M seramai 10 orang telah berlangsung dengan jayanya di bawah bimbingan jurulatih Frogasia Cik Nurul. Widget terbaru seperti Timeline dan Photostream diperkenalkan bagi menambah keseronokan menggunakan laman VLE. Dengan aplikasi timeline, guru dan murid boleh berkongsi komen dan lebih cepat dalam melaksanakan assignment dan lain-lain fungsi kerana terdapat butang-butang baru yang lebih ringkas. Melalui aplikasi Photostream, murid dan guru boleh berkongsi gambar-gambar sekitar aktiviti sekolah. Terima kasih kepada jawatankuasa GM1M yang di selaraskan oleh En. Mohd Fitri Hakim. Semoga login SKK Skpej terus meningkat.


 







Friday, June 12, 2015

PROGRAM TEKNIK BELAJAR DAN MOTIVASI IBUBAPA MURID TAHUN 6 2015

Tarikh : 6 Jun 2015
Tempat : Dewan Gemilang

Unit Bimbingan dan Kaunseling di bawah kelolaan Cr. Zainuddin Abu Baker gigih merangka pelbagai program bagi menambah impak kepada sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlaku saban hari dalam bilik darjah. Untuk itu, salah satu program telah dilaksanakan iaitu Teknik Belajar dan Motivasi Ibubapa Murid Tahun 6. Program yang mendapatkan khidmat dari luar ini iaitu JAZIM Motivation Group memberikan kaedah pembelajaran yang mudah diikuti oleh murid disamping menekankan peranan penting ibubapa dalam membantu anak-anak mereka dan juga menyokong program yang dianjur pihak sekolah.

Sesi ceramah yang di sampaikan oleh pihak konsultan.




Nyanyian dan laungan semangat oleh murid sekolah.


Program turut melibatkan ibubapa.

Tidak tahan menahan sebak dan linangan airmata.

Maafkan kami ayah dan ibu.



Ayah dan ibu....itulah permulaan kami.

Kesedaran yang diterapkan kepada kedua pihak ibubapa dan murid amat berkesan.

Ucapan Pengerusi PIBG En Lazi bin Sudin



SKPEJ terbaik !!!

Gambar Ihsan CR. Zainuddin



Tuesday, June 2, 2015

KUANTAN HALF MARATHON 2015

Tarikh : 31 Mei 2015
Venue : Sekitar bandar Kuantan
Jarak   : 21 km
Pencapaian :  1. Cikgu Mazarul Arif bin Osman ( Tempat Pertama )
                      2. Ustaz Khairul Azwari bin Muhamad Saman ( Ke-12 )

Pada 31 Mei 2015, Kuantan Half Marathon telah dianjurkan  oleh Pahang Tourism antara lain bagi mempromosikan pelancongan ke  Negeri Pahang Darul Makmur. Tiga orang guru SK Pekan Jaya iaitu Cikgu Mazarul, Cikgu Zainuddin dan Ustaz Azwari telah menyertainya. Cikgu Mazarul sekembalinya dari larian 'epic' 100km di bumi Australia berjaya merangkul Tempat Pertama. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang telah berani menyahut cabaran ini. Terbukti olahraga memang bidang kebitaraan SKK SK Pekan Jaya. 

 Gaya...mutu...keunggulan...itulah Cikgu Mat AKA Linggam Mat.

Silver Buckle kebanggaan setelah berjaya mengharungi 100 km cabaran Blue Mountain, Autralia.

Tempat Pertama Annual Kuantan Half Marathon 2015.

Ustaz Azwari penerima medal 21km Finisher setelah berjaya menduduki tempat ke 12.

 Keputusan rasmi kejohanan.

Keratan akhbar Utusan Malaysia, Selasa 2 Jun 2015. Cikgu Mat ( dua dari kanan ).

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH PEKAN 2015

Tarikh :  30 Mei 2015
Tempat : SMK Seri Pekan
Acara : Perasmian, Pameran, Sukaneka, Penyampaian Anugerah Khas, Berbasikal dll.

 Persiapan untuk pameran SKK.


 Persembahan Tarian dari kumpulan tarian sekolah kami turut menyerikan 
sambutan peringkat daerah kali ini.

 Guru Besar tidak ketinggalan membantu menyediakan tapak pameran sekolah.



Ustaz Nazrul turut menyediakan 2 banner  untuk tapak pameran.

CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ 2015

Tarikh : 29 Mei 2015
Masa  : 7.30 - 8.15 pagi
Venue : Dataran Bestari
Penceramah Jemputan : Ustazah Razana binti Mohammad ( SK Langgar )

 Suasana tenang menyelubungi perkarangan SKK SK Pekan Jaya.

 Ya, Allah kurniakanlah kepada kami limpahan rahmat dari sisiMu, 
Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Mengurniakan tiap sesuatu.

 Murid memenuhi Dataran Bestari untuk mendengar ceramah.

 Celoteh Ustazah Razana berjaya mencuit hati dan mencuri tumpuan sidang.


 Murid siap berpakaian tajaan Bank Rakyat kerana acara mewarna anjuran bank berkenaan akan menyusul sejurus selepas ceramah.




Sebahagian guru wanita memberi tumpuan kepada bicara Ustazah Razana.




Ustaz Azwari, Ustaz Syamsul dan Cikgu Nadzmi mengambil perhatian ceramah yang disampaikan disamping mengawal murid-murid.