Thursday, December 31, 2015

TAKLIMAT PENATARAN UPSR 2016 DAN LADAP KSSR TAHUN 6

Tarikh : 29.12.2015
Masa   : Taklimat - 8.00 pagi
              Ladap     - 10.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat

Taklimat penataran pelaksanaan format baharu UPSR yang akan bermula tahun 2016 telah diadakan bagi memberi input terkini kepada para pendidik tentang perubahan yang akan dialami bermula tahun hadapan dalam format setiap matapelajaran selain penambahan gred kepada 6 iaitu penambahan Kertas B. Inggeris Penulisan. Setiap guru yang berkenaan tampil memberi taklimat mengikut matapelajaran.



 Bahasa Melayu

 Bahasa Inggeris

 Sains 

 Bahasa Arab

 Pendidikan Agama Islam

 TMK
 Dunia Seni Visual
 Dunia Muzik
Pendidikan Jasmani

Sejarah

Wednesday, December 30, 2015

MESYUARAT PANITIA MATAPELAJARAN SKK SK PEKAN JAYA 2016

Tarikh : 30 dan 31 Disember 2015
Masa   : Sesi 1 : 8.00 pagi
              Sesi 2 : 10.30 pagi

Bermula tahun ini, semua panitia teras dan elektif bermesyuarat sebelum sesi persekolahan bermula. Ini bagi mengatasi masalah kesesakan jadual dan program di minggu-minggu awal persekolahan, Selain itu, segala perancangan dapat dirancang dengan lebih teliti dan hanya menanti masa untuk pelaksanaannya. Semoga seluruh warga sekolah dapat memberikan yang terbaik untuk tahun baru 2016. Berusahalah!!

Panitia Pendidikan Islam dipengerusikan Pn. Siti Umey Nafisah sebagai Ketua Panitia.


Pn. Aliza mempengerusikan mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris.


Pn. Norliha Ketua Panitia Bahasa Malaysia mempengerusikan mesyuarat panitia 
dengan di hadiri Pn. Guru Besar.


Mesyuarat Panitia PJ dan PK dipengerusikan Cikgu Fitri Hakim.

Cikgu Hazrul Hafiz Ketua Panitia Sejarah mempengerusikan 
mesyuarat Panitia Sejarah dihadiri Guru Besar dan Cikgu Rosmahwati.

Monday, December 28, 2015

Mesyuarat Awal Tahun SKK SK Pekan Jaya 2016

Tarikh: 28 Dis. 2015
Masa.  : 8.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat

Guru Besar mengalukan kehadiran guru dan memulakan 
mesyuarat dengan bacaan Al Fatihah.

Guru memberi tumpuan kepada ucapan Guru Besar.

Warga SKK SK Pekan Jaya mengalukan kehadiran 2 orang guru baru iaitu Pn. Norharyani binti Salleh dan Cik Azean Sukarni bt Abdul Rahman. Penghargaan buat Us. Mohd Syamsul, Cikgu Norul Akmar dan Pn. Hasniyatun yang bertukar keluar dari sekolah ini. Jasa kalian akan selamanya kami kenang.

Semoga tahun 2016 menjadi tahun yang lebih gemilang 
buat seluruh warga sekolah.

Sunday, November 22, 2015

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN GRADUASI PRA SEKOLAH SKK SK PEKAN JAYA 2015

Tarikh : 20 November 2015
Masa   : 8.30 -11.30
Venue : Dewan Gemilang
Perasmi: Pengarah Tabung Haji Pahang

Ketibaan perasmi iaitu Timbalan Pengarah Tabung Haji mewakili Pengarah Tabung Haji Pahang.

 Penyambut tetamu.

Gabungan pengacara yang 'power' turut berdiri menyanyikan lagu kebangsaan.

Bacaan doa oleh Al-Fadhil Us. Mohd Syamsul

 Ucapan Guru Besar.

Ucapan Perasmi Tn. Hj. Johari bin Ismail.


 Persembahan rekorder bawah pimpinan Pn. Rozaidah.


 Pengacara majlis, Cikgu Fitri dan Cikgu Rosmahwati. Yang dibelakang tersengeh itu adalah guru penyelaras bestari dan penulis blog, saya lah tu, menguruskan persembahan multimedia dan siaraya bersama Cikgu Mazarul dan Cikgu Zainuddin.

 Barisan penerima anugerah.

Kehadiran ibubapa memberi sokongan kepada anak-anak dan program sekolah.

Menikmati jamuan sementara menanti majlis bersambung.

Persembahan nasyid bawah pimpinan Us. Syamsul.





 Sebahagian daripada penerima anugerah kecemerlangan akademik.
Anugerah Tokoh Pra Sekolah.

Anugerah Penghormatan Guru Besar.


Antara guru yang menerima Anugerah Guru Cemerlang Mata Pelajaran.

 Anugerah Tokoh Murid Lelaki 2015

 Muhammad Asyraf bersama bapanya En. Razali. Syabas dan tahniah.

Qisthina Nabila Balqis disamping keluarga yang berbangga dengan pencapaiannya.

Asyraf dan Qisthina. Semoga terus berjaya. 

Sesi bergambar guru-guru di pentas yang dihias indah. Tahniah dan syabas kepada semua guru dan staf atas kerjasama dalam menjayakan majlis ini. Penghargaan khas penulis kepada Cikgu Hazrul Hafiz selaku jurugambar dan jurulapor secara langsung dari venue majlis berkenaan dengan maklumat yang sentiasa dikemaskini. Tanpa kalian semua, tiada satu majlis pun yang dapat dilaksanakan dengan jayanya.