Wednesday, June 21, 2017

MAJLIS SANJUNGAN BUDI PN. FATIN NADIAH ZULKAFA

Tarikh : 21 Jun 2017
Masa   : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Gemilang

Cikgu Fatin Nadiah, guru pra sekolah SK Pekan Jaya akan bertukar ke Penampang, Sabah sejurus naik daripada cuti Hari Raya Aidil Fitri ini. Mula bertugas di SK Pekan Jaya pertengahan tahun 2013, khidmat bakti beliau selama 4 tahun kami hargai dan akan dikenang buat selamanya. Terima kasih Cikgu..semoga bertemu lagi.

Ucapan Pengerusi KGKT, Ustaz Azwari.


Yang diraikan bersama GPK Pentadbiran dan Naib Pengerusi KGKT SK Pekan Jaya..

Ucapan Pn. Fatin Nadiah..

Ucapan GPK Pentadbiran mewakili guru besar..
Penyampaian hadiah mengikut panitia..





Penyampaian cenderamata kepada guru-guru 
yang baru mendapat cahaya mata..












MAJLIS KHATAM AL_QURAN PERINGKAT SK PEKAN JAYA 2017

Tarikh : 21 Jun 2017
Masa  : 8 pagi
Tempat : Dewan Gemilang

Alhamdulillah Majlis Khatam Al-Quran tahun ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Syukur dengan kerjasama semua warga SK Pekan Jaya, program yang dirancang berjalan dengan teratur dan mencapai matlamatnya. Tahniah kepada semua murid yang berjaya khatam Al-Quran pada tahun ini dan diharapkan akan terus kekal menjadikan Al-Quran sebagai bahan bacaan utama dalam hidup kalian. Tahniah Unit Pengurusan Dakwah dan Kepimpinan dan Panitia Pendidikan Islam yang merealisasikan aktiviti Ihya; Ramadhan hinggalah selesai Majlis Khatam. Pesan Nabi SAW bahawa esungguhnya sebaik-baik manusia adalah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya pula kepada orang lain.



 Perarakan masuk diiringi selawat oleh pasukan selawat SK Pekan Jaya.



 


 Mengumandangkan nasyid Asmaul Husna.








 
 Pasangan juruacara majlis.



 Guru dan staf pra sekolah..



























 Ustaz Azwari memimpin majlis khatam pada tahun ini..

























 Bacaan doa khatam..


 Mengumandangkan doa khatam versi nasyid..
 


 Ucapan GPK Pentadbiran Pn. Azizah mewakili guru besar..

 Kurma untuk guru..terima kasih..

 Penyampaian hasil kutipan Infaq Ramadhan melalui 
program Sahabat Infaq "#sharingiscaring" oleh GPK HEM kepada 
murid anak yatim dan kurang berkemampuan.


 
 

 






 Cenderahati kumpulan tadarus yang disampaikan oleh 
KP Pendidikan Islam Pn Siti Umey Nafisah..















 GPK Pentadbiran menyampaikan hadiah kepada murid-murid khatam.
 
 Majlis diteruskan dengan agihan beg sumbangan pihak Yayasan Pahang.






 Dan agihan barang keperluan harian sumbangan pihak PPD Pekan.







 Kami murid khatam Al-Quran 1438H...