Wednesday, March 30, 2016

TRAINING SESSION ON SOLAR PV SYSTEM

Tarikh : 24 Mac 2016
Tempat : Bilik Mesyuarat
Penglibatan : Guru Panitia Sains  dan 30 orang murid Kelas 5 Intelek

Syarikat yang mengendalikan pemasangan panel solar di SKK SK Pekan Jaya iaitu Solfocus Sdn Bhd telah melaksanakan satu taklimat berkaitan keperluan tenaga solar serta bagaimana ia dijana khususnya di sekolah ini. Buat makluman, SKK SK Pekan Jaya telahpun dipilih sebagai salah sebuah sekolah yang berjaya mendapat sumbangan panel solar yang merupakan salah satu projek KETTHA. 30 orang murid mendapat manfaat dari taklimat ini serta dapat melihat dan menyentuh sendiri contoh-contoh panel solar yang berbeza.

Anda boleh klik di link di bawah ini untuk ke website yang menunjukkan tahap penggunaan tenaga solar oleh sekolah-sekolah seluruh Malaysia termasuk sekolah ini. 

Sila klik  di sini : GREEN SCHOOL CAMPAIGN SKK SK PEKAN JAYA







 Cikgu Nadzmi selaku KP Panitia Sains mempengerusikan sesi taklimat.



 Mr. Roger Chin@Firdaus memberi taklimat.

 Guru Panitia Sains yang terlibat.



 Pelbagai panel solar dibawa sebagai bahan maujud.

 Taklimat oleh YM Tg. Ahmad Nasron ( Project Crew Leader )

 Majlis penyerahan Modul Panduan Penyelengaraan Panel Solar.

No comments:

Post a Comment