Saturday, March 12, 2016

MESYUARAT AGUNG PIBG SKK SK PEKAN JAYA KALI KE 12 2016 DAN MAJLIS TEMU MESRA IBU BAPA (PKSR1)

Tarikh : 12.03.2016
Masa   : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Gemilang

Mesyuarat Agung pada tahun ini menyaksikan para ibubapa banyak melontarkan pandangan dalam membahaskan usul-usul yang dibawa. Kehadiran juga amat baik. Antara usul yang dibawa ialah melibatkan akademik seperti penggunaan buku teks dan buku aktiviti serta melibatkan kokurikulum seperti penglibatan optima ibubapa dalam sukan sekolah. Ada juga ibubapa yang membawa isu keselamatan murid yang hadir ke sekolah pada waktu datang dan balik.

Persembahan resensi buku oleh Adik Alyaa Zaheeda , Tokoh Nilam Negeri Pahang 
memeriahkan suasana Mesyuarat Agung pada Tahun ini.

 En. Lazi bi Sudin YDP PIBG mempengerusikan mesyuarat.


 Kaunter pendaftaran.

 Sebahagian guru yang bertugas.


 Sebahagian ibubapa yang memenuhi Dewan Gemilang.

 Pencatat minit Pn. Fatin dan Pn. Farah.

 Cikgu Hafiz Setiausaha PIBG membentangkan minit mesyuarat lepas.

 Cikgu Azuan dan Cikgu Mat ditemani GPK Kokurikulum Cikgu Syed Lutfi di bahagian siaraya yang baru dibeli khas untuk mesyuarat kali ini menggantikan set pa system lama yang telah rosak.

 Cikgu Suraya membawa usul.


Majlis perasmian dimulakan dengan Us.Azwari memimpin bacaan doa.


Ucapan aluan Guru Besar.

Ucapan YDP PIBG.

Ucapan Timb.Pengarah IKM Tasya, Pekan.

Program Temu Mesra Ibubapa Guru PKSR1 bermula sejurus selepas jamuan.



Ibubapa berkesempatan bertemu mata dan berbincang tentang prestasi anak masing-masing dalam peperiksaan minggu lalu.



Kerjasama ibubapa ditagih bagi memastikan kecemerlangan anak-anak dapat direalisasikan.



Bersama Tokoh Nilam Negeri Pahang Nur Alyaa Zaheeda di kaunter Wakaf Buku PSS SKPej.


Cikgu Mazlina khusyuk melayan kunjungan penjaga.








No comments:

Post a Comment