Tuesday, March 29, 2016

PROGRAM JELAJAH RESENSI BUKU TOKOH NILAM NEGERI PAHANG 2016

Nur Alyaa Zaheeda Kamaruzzaman membanggakan warga SKK SK Pekan Jaya kerana telah terpilih sebagai tokoh nilam Negeri Pahang Tahun 2015 dan mewakili Pahang ke peringkat kebangsaan pada tahun ini. Bagi memantapkan lagi persediaan beliau serta pada masa yang sama dapat berkongsi input berguna dengan rakan - rakan pelajar, satu program Jelajah Resensi Buku Tokoh Nilam telah diadakan dengan kerjasama BTPN, PKG, PPD serta dua sekolah terlibat iaitu SKK SK Pekan Jaya     ( Tokoh Nilam Bahasa Melayu)  dan SBT SK Seri Biram ( Bahasa Inggeris ). Cikgu Hazrul Hafiz merupakan guru yang bertanggungjawab ke atas perjalanan program ini dan sentiasa bersedia memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada tokoh ini. Syabas dan berusahalah. Kami sentiasa mendoakan kejayaan kalian. 



 Resensi buku U-Turn Ke Jalan Yang Lurus dalam mesyuarat Agung PIBG 
SKK SK Pekan Jaya baru-baru ini.

 Tokoh NILAM Negeri Pahang kebanggaan kami.

 Jelajah Resensi di SK Seri Terentang.


 Nur Alyaa di SBT SK Seri Biram.

SJK (C) Pekan



Resensi Buku di SK Kg. Belukar, Kuantan ( 23.03.2016)



Program di SMK Sg. Soi ( 23.03.2016 )

Rakaman video 'HARAPAN TOKOH NILAM' untuk Anugerah tokoh Nilam Kebangsaan.
( 23.03.2016)


Resensi di SK Kota Perdana  ( 24. 3.2016 )


Alyaa Zaheeda di SK LKTP Chini Timur 1 ( 24.03.2016 )

Terus menyumbang bakti di SMK Chini. ( 24.03.2016 )

SK Chini 1& 4

Jemputan ke Hari Perasmian KM1M di SK Tg. Medang pada
 04 April 2016

No comments:

Post a Comment