Tuesday, June 30, 2015

LATIHAN FROG VLE UNTUK GM1M CHAMPION SCHOOL

Tarikh : 30 Jun 2015
Masa   : 12.45 - 2.45
Tempat : Makmal Komputer SKK SK Pekan Jaya

Satu latihan bagi memperkenalkan fungsi terbaru Frog VLE kepada GM1M seramai 10 orang telah berlangsung dengan jayanya di bawah bimbingan jurulatih Frogasia Cik Nurul. Widget terbaru seperti Timeline dan Photostream diperkenalkan bagi menambah keseronokan menggunakan laman VLE. Dengan aplikasi timeline, guru dan murid boleh berkongsi komen dan lebih cepat dalam melaksanakan assignment dan lain-lain fungsi kerana terdapat butang-butang baru yang lebih ringkas. Melalui aplikasi Photostream, murid dan guru boleh berkongsi gambar-gambar sekitar aktiviti sekolah. Terima kasih kepada jawatankuasa GM1M yang di selaraskan oleh En. Mohd Fitri Hakim. Semoga login SKK Skpej terus meningkat.


 







No comments:

Post a Comment