Friday, July 3, 2015

PEMANTAUAN SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JPN PAHANG

Tarikh : 02 Julai 2015
Masa   : 10.00 pagi

Unit Operasi Dakwah ,Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Pahang yang di ketuai oleh Ketua Unit ,Ybhg. Ustaz Yahya bin Tahir dan Ustaz Sabarno bin Hussin telah mengadakan lawatan sambil memantau pelaksanaan Program Ihya' Ramadhan SKK SK Pekan Jaya pada tahun ini. Syabas diucapkan kepada semua AJK Unit Dakwah sekolah di bawah pimpinan Ustazah Siti Umey yang bertungkus lumus menyediakan bahan-bahan untuk pemantauan dan telah melaksanakan Program Ihya' Ramadhan dengan jayanya. Terima kasih kepada pihak SPI yang sudi mengadakan lawatan ke sekolah sekaligus dapat membantu memperkemaskan pengurusan dakwah di sekolah. Kesimpulan yang kami perolehi ialah, biarkan program yang yang berskala kecil dan tidak gah, tetapi dapat mencapai matlamat dan sasarannya.




 Sesi bimbingan dan pemantauan sedang berjalan.

 Antara aktiviti yang telah berjalan dan sedang berlangsung sepanjang Ramadhan.
Majlis Pelancaran.



 Literasi bagi Iqra' 4 ke bawah. Ambil kesempatan sebulan Ramadhan bagi 
meningkatkan kedudukan semasa bacaan murid oleh GPI dan GBA.

 Tadarus di Surau Al-Muttaqin bagi yang menguasai oleh guru-guru lain.

 Tadarus guru sewaktu rehat.

Bacaan ayat-ayat lazim di Dewan Terbuka.

No comments:

Post a Comment