Tuesday, June 2, 2015

KUANTAN HALF MARATHON 2015

Tarikh : 31 Mei 2015
Venue : Sekitar bandar Kuantan
Jarak   : 21 km
Pencapaian :  1. Cikgu Mazarul Arif bin Osman ( Tempat Pertama )
                      2. Ustaz Khairul Azwari bin Muhamad Saman ( Ke-12 )

Pada 31 Mei 2015, Kuantan Half Marathon telah dianjurkan  oleh Pahang Tourism antara lain bagi mempromosikan pelancongan ke  Negeri Pahang Darul Makmur. Tiga orang guru SK Pekan Jaya iaitu Cikgu Mazarul, Cikgu Zainuddin dan Ustaz Azwari telah menyertainya. Cikgu Mazarul sekembalinya dari larian 'epic' 100km di bumi Australia berjaya merangkul Tempat Pertama. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang telah berani menyahut cabaran ini. Terbukti olahraga memang bidang kebitaraan SKK SK Pekan Jaya. 

 Gaya...mutu...keunggulan...itulah Cikgu Mat AKA Linggam Mat.

Silver Buckle kebanggaan setelah berjaya mengharungi 100 km cabaran Blue Mountain, Autralia.

Tempat Pertama Annual Kuantan Half Marathon 2015.

Ustaz Azwari penerima medal 21km Finisher setelah berjaya menduduki tempat ke 12.

 Keputusan rasmi kejohanan.

Keratan akhbar Utusan Malaysia, Selasa 2 Jun 2015. Cikgu Mat ( dua dari kanan ).

No comments:

Post a Comment