Monday, July 31, 2017

UDA BRIDGE RUN 2017


Date:July 22nd, 2017
Venue:Pekan
Time:06:20 am
Location:Pahang, Malaysia
Categories:Half Marathon, 5 km, 12 km

PEKAN: Kira-kira 4,000 peserta termasuk dari luar negara menyertai UDA Pekan Bridge Run 2017, di Dataran Pekan, di sini, pagi ini. Pengarah Urusan Kumpulan UDA Holdings Berhad (UDA), Datuk Ahmad Abu Bakar, melepaskan peserta kategori 21 kilometer (km), 12 km dan lima km.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadual menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi semua kategori di Dataran Pekan.

Ahmad berkata, pertandingan berkenaan menawarkan hadiah wang tunai RM1,200 bagi juara kategori separuh maraton sejauh 21 km, RM1,000 (12 km) dan RM500 (lima km).
"Penganjuran acara ini sebagai antara usaha meneruskan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami, sekali gus membantu mempromosikan bandar ini sebagai destinasi pelancongan sempena Tahun Melawat Pahang 2017.

"Peserta berpeluang membawa pulang beraneka hadiah cabutan bertuah termasuk barangan elektrik dan peralatan sukan. Semua peserta akan menerima baju T, pingat dan sijil penyertaan," katanya.
Jarak larian kali ini lebih mencabar dengan laluan menarik membabitkan pengalaman menikmati keindahan dan keharmonian bandar diraja serta melalui pelosok kampung di sepanjang laluan.

Peserta akan melalui Dataran Pekan, Istana Abu Bakar, Padang Sukan polo, Jambatan Sultan Ahmad Shah, Muzium Masjid Sultan Abdullah dan Muzium Sultan Abu Bakar.














No comments:

Post a Comment