Tuesday, July 11, 2017

PROGRAM GURU PENYAYANG SK PEKAN JAYA 2017

Tarikh : 10 Julai 2017
Masa   : 6.45 pagi - 8.15 pagi
Tempat : Dataran Bestari / Pintu masuk sekolah

Tentatif :
Sambutan murid
Sarapan roti
Perhimpunan
- Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang, Lagu sekolah dan Lagu Aku NegaraKu
- Ikrar Murid
- Ucapan Guru Besar
- Ucapan Polis Perhubungan Sekolah
- Cenderahati
- Bersurai

Alhamdulillah program Guru Penyayang bagi tahun 2017 telah berjaya dilaksanakan dengan harapan ianya mencapai matlamat yang disasarkan.

Pelaksanaan amalan Guru Penyayang adalah bertujuan agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap muridnyadengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

Guru penyayang seharusnya menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Justeru, adalah diharapka setiap guru menghayati konsep guru penyayang selaras dengan objektif pelaksanaan Amalan Guru Penyayang seperti berikut:
1. Menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru;
2. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah;
3. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah; dan
4. Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti/masyarakat kepada sekolah.
Amalan Guru Penyayang hendaklah dilaksanakan secara berterusan agar menjadi budaya guru di sekolah. Antara aktiviti myang boleh dilaksanakan ialah seperti berikut:
a. mengalu-alukan kehadiran murid
b. memberi penghargaan kepada murid
c. program mentor mentee

 Hari ini guru keluar rumah seawal jam 6.15 pagi... 


 Sambutan murid di pintu masuk utama dan belakang seawal jam 6.45 pagi..



 Setiap guru menyediakan 'Shoebox'...sebagai penghargaan 
untuk murid yang hadir awal ke sekolah.






























 Sarapan disediakan..




















 Ucapan Guru Besar..

 Ucapan Sarjan Nor Izwan Polis Perhubungan Sekolah

Anugerah Kelas Kondusif Jun 2017

Pihak Muzium Sultan Abu Bakar Pekan juga turut mengambil kesempatan 
menjalankan promosi Pameran 1001 Islamic Invention. Terima kasih diucapkan.





No comments:

Post a Comment