Sunday, February 12, 2017

MAJLIS SANJUNGAN BUDI MANTAN GB PN HJH UMMI KALTHUM BT ABU BAKAR

Tarikh : 09 Februari 2017
Masa : 2.00 ptg
Tempat : Hotel Ancasa Royale, Pekan

KGKT SK Pekan Jaya telah mengadakan Majlis Sanjungan Budi sempena meraikan jasa dan sumbangan mantan guru besar Pn. Hjh. Ummi Kalthum binti Abu Bakar yang telah bertukar ke SBT SK Seri Biram dalam beberapa minggu yang lalu. Hotel Ancasa Royale menjadi venue pilihan bagi program berkenaan. Syukur semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih Pn. Hjh Ummi Kalthum atas segala tunjuk ajar, sokongan, dokongan, penghargaan dan segalanya kepada kami warga SK Pekan Jaya. Sesungguhnya terlalu banyak kenangan manis dan pahit sepanjang 10 tahun berpijak dibumi SK Pekan Jaya. Banyak kejayaan, pencapaian cemerlang juga kegagalan dan kekecewaan dikongsi bersama. Semoga hubungan akan terus mekar bersemi walau sudah tidak bergelar guru besar kami. Kami doakan Pn. Hajjah akan terus cemerlang di sekolah yang lebih hebat. Semoga Allah merahmati kita semua dan memberikan ganjaran kebaikan atas segala jasa dan pengorbanan kita selama ini.

 Kehadiran Pn Hjh Ummi disambut mesra..


 Cikgu lelaki tak ramai pada hari berkenaan...ramai yang terlibat aktiviti luar..
 Dari kiri Pn. Harison (GPK HEM), Pn. Rosnaini (Guru Besar), 
Pn. Hjh Ummi dan En Lazi(YDP PIBG)
 Pn. Nurma'atun selaku pengacara majlis dan Pn. Saffiyah
menguruskan presentation dan lagu.





 Cikgu Hazrul Hafiz berucap mewakili Kelab Guru.


 




 Pn. Azizah (GPK Pentadbiran_ berucap 
sebagai wakil pentadbiran.

 Ucapan yang diraikan..


 Tn Syed Lutfi (GPK Kokurikulum) berucap mewakili guru-guru.
 Pn. Zarida mewakili staf sokongan. 
Puisi daripada En. Shaari dan Pn. Rozaidah..

 

 Sama-sama mendendangkan lagu 'Doa Perpisahan'..

 
 Acara penyampaian cenderamata yang penuh emosi..

 Pn. Nor Liha KP Panitia B. Melayu..
 Pn. Siti Umey KP Panitia Agama Islam

Pn. Fatin Nadiah mewakili Pra Sekolah

 Pn. Yusnita mewakili staf..
 En. Lazi menyampaikan cenderamata PIBG..

 Ustaz Khairul Azwari bagi pihak KGKT.
 Pn. Azizah dari pihak Pentadbiran Sekolah. 

 
 Pn.Rosnaini bagi pihak Pejabat. 
 Sampai tak nampak muka..huhu..
 Sayu..Cik Azean AKA Olya menerima cenderamata 
Pn. Hjh Ummi bagi pihak Bilik Guru.

 Pejabat juga turut mendapat cenderamata kenang-kenangan ..






 Sesi bergambar di lobi Hotel Ancasa..sampai naik atas tangga lagi..

Selamat bertugas di tempat baharu kami ucapkan...semoga Allah mempermudahkan segala urusan kira semua dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab selaku hambaNya..


1 comment: