Sunday, February 19, 2017

LAWATAN SD PLUS 2 AL-MUHAJIRIN PURWAKARTA KE DAERAH PEKAN 2017

Tarikh : 14 Janurai 2017
Tempat : SMK Seri Pekan

SKK SK Pekan Jaya telah dijemput untuk menyertai Program Pengantarabangsaan SD Plus 2 Al_Muhajirin, sebuah sekolah dari Indonesia yang mana dalam rangka lawatan ke Malaysia khususnya SMK Seri Pekan, Pahang. Selain menandatangani MOU antara kesemua sekolah yang terlibat, sekolah-sekolah juga dijemput menyediakan ruang pameran atau booth dengan mempamerkan bidang kebitaraan masing-masing. Antara sekolah yang terlibat ialah SBT SK Seri Biram, SK Ahmad, SKK SK Acheh, SK Peramu Jaya dan SKK SK Pekan sendiri sendiri. Kami menyediakan 3 ruang utama iaitu Bahasa Melayu, Olahraga dan ICT sebagai kebitaraan sekolah. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan tahniah.

 Persiapan seawal jam 7.00 pagi..
 Cikgu Fitri dan Cingu Zainuddin menyiapkan bahan olahraga..


 Samier, Damia dan Solehah memastikan aktiviti online dapat di jalankan dengan lancar..
 Ruang Bahasa Melayu..
 
 Cenderamata bagi yang terlibat dengan permainan yang disediakan.

 Pameran secara virtual juga diadakan bagi memberi gambaran akan sejarah,
latar belakang dan pencapaian sekolah..
 Bahan olahraga Cikgu Mazarul.
 Sebahagian daripada bukti-bukti kejayaan bidang olahraga SK Pekan Jaya 
untuk dikongsi bersama pengunjung.
 Sijil penghargaan kepada semua sekolah yang terlibat.

 Bergambar kenang-kenangan dengan peserta lawatan.
 Murid tempatan juga tidak melepaskan peluang mencuba.

 Booth SK Pekasn Jaya antara myang paling 'busy' melayan tetamu.

 Solehah dan Damia menjaga bahagian permainan bahasa.


 Samier Hazieq incaj bahagian ICT..



 Cikgu Mazarul menunjuk cara.


 Cikgu Fitri menunjukkan contoh penggunaan alatan.




 Pn. Lia, Guru Besar SD Plus 2 turut tidak melepaskan peluang 
mencuba kuiz yang disediakan.
Cikgu Saffiyah memberikan cenderamata atas kejayaan Pn. Lia mendapat 
tempat pertama dalam kuiz berkenaan.

No comments:

Post a Comment