Monday, April 18, 2016

LAWATAN PENANDA ARASAN 3K KE SMK CEDUNG JAYA, MARAN, PAHANG.

Tarikh : 18 April 2016
Masa  : 9.00 pagi
Tempat : SMK Cedung Jaya, Maran, Pahang
Guru terlibat : Pn. Harison bt Ahmad ( GPK HEM)
                        Tn. Sy. Mohd Lutfi bin Sy. Hamzah ( GPK Kokurikulum )
                        En. Zainuddin b. Abu Baker (Penyelaras Sekolah Selamat )
                        Pn. Zaiha bt. Abu Bakar ( Penyelaras Kebersihan )
                        Pn. Tg. Fatimah bt Tg Ibrahim ( Penyelaras Kesihatan )
                        En. Nazrul Hadi b. Azmi ( Penyelaras Keselamatan )

Rombongan bertolak seawal jam 7.00 pagi dari sekolah dan tiba tepat jam 9.00 pagi di SMK Cedung Jaya. Lawatan kami ini adalah inisiatif pihak PPD yang turut hadir sama iaitu Timbalan PPD En. Abd. Rafar, Ketua Unit En. Kamaludin dan Penyelia HEM PPD Pekan En. Taufiq. Pengetua SMK Peramu Jaya dengan barisan GPKnya juga hadir kerana turut tercalon mewakili Daerah Pekan bagi Kategori Sekolah Menengah. Jutaan terima kasih kami ucapkan atas sambutan dari pihak SMK Cedung Jaya dan kesudian berkongsi pengalaman bertanding di peringkat negeri dan kebangsaan bermula dari Pengetuanya Pn. Norhayati, GPK Pentadbiran En. Khusaini, Pn. Hazora selaku GPK HEM dan En. Ishak GPK Kokurikulum. Sekolah ini berjaya menggondol Anugerah Khas dan Naib Johan 3K Kebangsaan 2015. Dari pemerhatian, rata-rata guru yang terlibat berpuas hati bahkan terkesima dengan persekitaran sekolah yang begitu tenang dan menyenangkan hati dan mata yang memandang. Ternyata kalian memang hebat dan lawatan ini memberikan kami cabaran yang lebih besar untuk merealisasikan impian dan harapan daerah Pekan. Di bawah adalah sebahagian dari keindahan sekolah yang dapat kami kongsikan di sini. Masih banyak ruang yang menarik termasuk bilik-bilik khas yang sedia menyambut kedatangan sesiapa yang berminat. Terima kasih warga SMK Cedung Jaya...







 Sekolah Dalam Taman menjadi konsep 3K SMK Cedung Jaya.




 Cr. Zainuddin berminat untuk membuat sebuah kolam hiasan untuk SKPej























































No comments:

Post a Comment