Wednesday, May 6, 2015

PROGRAM JALINAN 'OUTREACH' FROG VLE SKK SK PEKAN JAYA 2015

Tarikh   : 28 dan 29 April 2015
Tempat  : Sk Ahmad, Pekan
Masa     : 2.30 ptg - 5.00 ptg

SKK SK Pekan Jaya telah bersetuju untuk melaksanakan jalinan dengan SK Ahmad, Pekan dalam usaha menggerakan penggunaan Frog VLE di sekolah berkenaan. Guru Penolong Kanan Pentadbiran sekolah berkenaan Pn. Zaiton telahpun terlebih dahulu melakukan observasi pelaksanaan Frog VLE di SK Pekan Jaya selama 2 minggu sebagai memenuhi salah satu keperluan kursus beliau. Beliau tertarik dengan teknik PdP menggunakan pelantaran maya berkenaan dan berharap ia dapat dikongsi dengan guru-guru di sekolah beliau. Setelah persetujuan dicapai, Frog Admin SKK SK Pekan Jaya, Us. Nazrul Hadi juga selaku Jurulatih Utama Frog VLE Daerah Pekan telah dijemput untuk berkolaborasi dan memberikan pendedahan asas kepada 12 orang guru sekolah berkenaan yang kemudiannya akan menjadi mentor kepada guru-guru lain. Alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan jayanya dan diharapkan SK Ahmad selepas ini akan menjadi kompetitif dalam penggunaan Frog VLE. Syabas diucapkan.

HARI PERTAMA 






HARI KEDUA
















No comments:

Post a Comment