Monday, February 2, 2015

SESI PENGGAMBARAN 'SUCCESS STORY' SKK SK PEKAN JAYA OLEH FROGASIA

Pada 26 Januari 2015, sekumpulan kru dari Frogasia tiba ke SKK SK Pekan Jaya untuk menjalankan penggambaran bagi dokumentari pendek mengisahkan kejayaan sekolah-sekolah seluruh Malaysia dalam memanfaatkan platform Frog Vle. Sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah di Pahang yang telah terpilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh pihak Frogasia. Penggambaran yang mengambil masa hampir setengah hari itu akan diedit menjadi 4 minit yang terbaik dan sangat bernilai bagi seluruh warga SKPej kerana ia merupakan penghargaan atas usaha yang telah dijalankan selama ini. Sesi penggambaran yang berlangsung melibatkan temuramah Guru Besar, Frog Admin, wakil penjaga, dua orang murid, sesi pdp serta perjalanan sesi persekolahan seawal murid tiba ke sekolah hinggalah pulang. Terima kasih Frogasia! Syabas warga SKK SK Pekan Jaya.!
 Rakaman sesi persekolahan.
 Rakaman koir sekolah yang menyampaikan 
lagu Jiwa dan Minda,  lagu tema sekolah bestari.
 Kru Frogasia
Adik Qisthina wakil murid perempuan
Adik Ashraf mewakili murid lelaki

No comments:

Post a Comment