Wednesday, February 18, 2015

MAJLIS SEMARAK PENGGUNAAN FROG VLE DAN PENJENAMAAN SEMULA BLOG SKK SK PEKAN JAYA 2015

Tarikh : 17 Februari 2015
Masa   : 7.45 pagi
Tempat : Dewan Gemilang, SK Pekan Jaya

Pada hari yang sama dengan Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah, suatu program berkaitan ICT telah dimasukkan sebagai program kerjasama dengan PSS SK Pekan Jaya iaitu Semarak Penggunaan Frog Vle dan Penjenamaan Semula Blog SKK SK Pekan Jaya. Program ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi penggunaan vle seterusnya memperkenalkan laman blog SKK yang diberi nafas baru kepada seluruh warga SK Pekan Jaya. Terima kasih kepada pihak Jawatankuasa PSS, semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang.

Ucapan perasmian

.
Duta Frog VLE menyerahkan replika login ID dan katalaluan 
kepada Guru Besar dan barisan GPK.

 Guru Besar dan GPK tampil ke chromebook yang disediakan untuk melog masuk ke akaun Frog VLE masing-masing sebagai simbolik pelancaran program.

 Guru Besar  mengakhiri sesi pelancaran dengan menekan ikon lagu tema NILAM dan
lagu Hati dan Minda iaitu lagu tema Sekolah Bestari dan semua murid menyanyikannya bersama-sama. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini. Semoga penggunaan pelantar pembelajaran maya akan terus mekar di bumi SKK SK Pekan Jaya.

No comments:

Post a Comment