Monday, February 3, 2020

MAJLIS PERSARAAN PN HJH SHUWAILAH AWANG IDRIS DAN EN SHAARI UMAR

TARIKH: 22 JANUARI 2020
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT: DEWAN GEMILANG
PENYELARAS: KGKT SKPeJ

BIODATA EN SHAARI BIN UMAR


Tanggal 01hb Januari 1960, merupakan detik kelahiran beliau, bertempat di Seberang Pulau Manis, Kg. Padang Rumbia, Pekan, Pahang. Beliau merupakan cahaya mata kedua daripada 10 orang adik- beradik  bagi  tambatan hati pasangan bahagia Encik Umar bin Muhammad dan Puan Sa’ayah binti Rani.

Mendapat  pendidikan awal  pada tahun1967 hingga 1972 di Sekolah Kebanggsaan Padang Rumbia, Pekan. Meneruskan pendidikan  di Sekolah Menengah Kebangsaan Temai bermula dari tahun 1973 dan menyambung pendidikan melalui Maktab Adabi Gaya Pos pada tahun 1984.

Menamatkan zaman bujangnya pada tanggal 7 Nov 1984, dengan izin Allah Taala beliau telah dipertemukan dengan pasangan hidup sehati dan sejiwa Pn. Noriah binti Mat yang berasal dari negeri Perlis. Akad ijab kabul berlangsung meriah di Kg. Hutan Temin, Mata Air, Perlis. Mengecapi bahagia, hasil pengkongsian hidup beliau dikurniakan sepasang cahaya mata, iaitu Nuraishah dan Muhammad Nur bin Shaari.

Seperti kanak-kanak lain seusianya,  beliau gemar memancing di Sungai Pahang dan di parit sekitar kampung beliau. Beliau juga hingga ke hari ini amat meminati bolasepak Liga Malaysia dan merupakan penyokong tegar pasukan negeri kelahirannya dan  juga pasukan kebangsaan.

Bermula tahun 1979, beliau telah diterima masuk ke skim perkhidmatan kerajaan. Memulakan kerjaya beliau di Jabatan Pendidikan Pahang pada 14 Mei 1979 dengan memenang jawatan pelayan pejabat. Pada 01 Februari 1981, beliau kembali menabur bakti di daerah kelahirannya. Setelah hampir 20 tahun di PPD Pekan, beliau telah beralih angin ke SMK Seri Pekan bermula tahun 2000 dan kembali ke PPD pada tahun 2005. Pada 01 Ogos 2008, bermulalah perkhidmatan beliau di SK Pekan Jaya, Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah berjaya menggungguli 3 kali Anugerah Perkhidmatan Cemerlang iaitu tahun 2002 di SMK Seri Pekan dan 2 kali di SK Pekan Jaya pada tahun 2009 dan terakhir pada tahun 2016.

Di sekolah ini, beliau pernah berkhidmat di bawah 3 orang pentadbir iaitu Pn Hjh Ummi Kalthum Abu Bakar, Pn Rosnaini Taib dan En Baseli Mohd Yunus. Beliau akhirnya menjawat jawatan Pembantu Operasi N11 hingga ke hari persaraan beliau pada tanggal 01 Januari 2020 setelah genap 60 tahun usia beliau dan 41 tahun perkhidmatan cemerlang beliau. 2/3 daripada usianya dihabiskan dalam perkhidmatan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Beliau sangat disenangi rakan dan taulan. Sikap profesionalisme dalam tugas dan amanah merupakan prinsip utama beliau dalam perkhidmatan. Namun hati beliau sangat sensitif dan mudah mengalirkan air mata apabila tersentuh. Beliau juga seorang yang sangat sporting bila diajak  ke hadapan dan membuat persembahan.

Sepanjang perkhidmatannya beliau merupakan seorang yang ramah, berdedikasi, sopan santun dan lemah – lembut, rendah diri dan sangat menghormati orang lain. Gaya penampilannya yang lurus, sederhana, bersahaja dan kadang kala lucu sering menjadi perhatian kami warga SK Pekan Jaya.

Selain dikenali sebagai Abang Shark kerana keletah dan sifat lucu beliau, sifat penyayang dan prihatin beliau melayakkan beliau dipanggil dengan  nama jolokan Ayah dalam kalangan kami warga Sk Pekan Jaya. Ditanya tentang aktiviti beliau sejurus tamat perkhidmatan, beliau selesa melayan kerenah cucu-cucunya di rumah buat masa ini.

Tenanglah tenang air di laut
Sampan kolek mudik di tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi yang baik rasa nak junjung.

Cahaya redup menyegar padi,
Ayam berkokok mengikat tuah;
Jikalau hidup tidak berbudi,
Umpama pokok tidak berbuah.

Makan manggis dengan bijinya,
Daun miana di atas loyang;
Kerana manis hati budinya,
Bagaimana hati takkan sayang.

Setelah 41 tahun mengerah keringat mencurah bakti maka pada tanggal 01 Januari 2020 tamatlah sebuah perjalanan yang panjang dalam dunia perkhidmatan beliau.
Selamat tinggal suara ceria,
selamat tinggal Pejabat, tugas dan pembantu ikhlas,
Ayah…. kami menghargaimu atas setiap bantuan yang dihulurkan, setiap senyuman yang terukir dengan keletah yang menambat hati. Berbahagialah dengan nama baik dan khidmat cemerlang yang ditinggalkan, ia akan terus menerus jadi kenangan.

Sesungguhnya telah banyak jasa dan bakti yang beliau tinggalkan.  Tak tumbuh  tak melata,tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti, tapi takkan sama dengan yang pergi.

Sama-samalah kita berdoa semoga beliau terus berbahagia dalam menjalani kehidupan baru selepas ini. Terima kasih ayah dari kami semua atas segala khidmat bakti, jasa budi  selama ini kami hargai dan akan kenang sampai bila-bila.



Tuan-tuan dan puan-puan tepukan gemuruh untuk dia En Shaari bin Umar..kebanggaan dan kesayangan kami warga SK Pekan Jaya.

GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERSARAAN UNTUK KENANGAN SEMUA

SESI 1


























































































































































SESI 2



















SESI 3







































































































































































SESI 4





















































No comments:

Post a Comment