Thursday, May 2, 2019

FESTIVAL NASYID PERINGKAT NEGERI PAHANG 2019

TARIKH : 27 APRIL 2019
TEMPAT : SMK SERI PEKAN
PENCAPAIAN : SIJIL PENYERTAAN

Alhamdulillah nasyid pada tahun ini berjaya sampai ke peringkat negeri Pahang. Ia suatu pencapaian yang luar biasa bagi sebuah pasukan yang bermula biasa-biasa saja macam SK Pekan Jaya. Rezeki mewakil daerah Pekan walau keputusan pengadilan dilanda pelbagai kontroversi tetap disambut dan diraikan dengan kesyukuran. Tahniah kepada pasukan nasyid Aslim Taslam. Tabik spring kepada  para jurulatih yang tekun, gigih dan sabar, serta komposer dan penulis lirik. Berkat usaha gigih dan sabar berjaya juga sampai ke tahap ini. Tahniah.

Pada mulanya, SK Pekan Jaya hampir tidak menghantar penyertaan nasyid di peringkat zon Peramu kerana kekangan masa dan ketiadaan lagu, namun oleh kerana acara peringkat zon telah ditunda selama satu minggu, maka bermulalah langkah pertama Asla Taslim (nama asal) yang akhirnya ditukar ke Aslim Taslam.

Apa pun, ia bukan semata tentang apa yang kami capai dipengakhirannya, tetapi lebih dari itu ia tentang apa yang telah kami pelajari sepanjang perjalanan tersebut. Ternyata penyertaan peringkat negeri memberi suatu pengalaman baharu tentang tahap persembahan pasukan-pasukan yang bertanding. Memang hebat-hebat belaka. So be proud of it..















No comments:

Post a Comment