Thursday, April 18, 2019

Penarafan Surau Al Makmur Negeri Pahang 2019

Tarikh : 15 April 2019
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Surau Al Muttaqin
Penilai : Ustaz Amran dan Ustaz Al Zairy, SPI, JPN Pahang

Alhamdulillah selesai sudah penarafan surau Al Muttaqin SK Pekan Jaya. Terima kasih kepada 2 orang pegawai dari SPI JPN Pahang dan 2 pegawai dari Unit Pendidikan Islam PPD Pekan kerana sudi menjenguk surau kami.

Syukur kami telah berusaha menambahbaik Surau Al Muttaqin bermula penghujung tahun 2017 lagi. Sepanjang tahun lalu, kamu telah dari semasa ke semasa memperkemas dan memperlengkapkan lagi keselesaan dan fasiliti surau berkenaan dengan tiada sebarang niat untuk menyertai pertandingan surau Imarah pun. Kami sudah berusaha memperlengkapkan surau mengikut instrumen ASISS, oleh yang demikian apabila tiba-tiba tahun ini  kami dicalonkan untuk dinilai, maka hampir 90% telah lengkap. 

Apapun kami gembira jika surau ini dapat memberi impak positif dan memberi keselesaan untuk warga sekolah melakukan ibadah dan aktiviti. Pertandingan sama sekali bukan matlamat kami kerana ia akan hanya mengakibatkan kami terpaksa bekerja di bawah tekanan, dan akhirnya matlamat asal penggunaan surau itu akan tidak lagi menjadi tujuan utama. Praktikaliti dan konsep minimal adalah apa yang kami terapkan dalam pembangunan fizikal dan aktiviti surau ini.





















No comments:

Post a Comment