Monday, February 18, 2019

PERASMIAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH SKPEJ 2019

Tarikh: 18.2.2019 - Isnin
Perasmi: Sarjan Mohd Sidek B. Mohd Nor PPS SK Pekan Jaya

Program Jom ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 adalah program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid, penglibatan pihak Polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM.
Objektif
Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS.
Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
Memperluas penggunaan papan kenyataan PPS di sekolah-sekolah KPM bagi tujuan memaparkan maklumat penting dan terkini mengenai isu-isu semasa kepolisian kepada warga sekolah dan ibu bapa.
























































No comments:

Post a Comment