Wednesday, January 10, 2018

TAKLIMAT PROGRAM NILAM 2018

Tarikh : 09 Januari 2018
Masa : 7.45 pagi

Tempat : Dewan Gemilang

Guru Media SK Pekan Jaya Cikgu Hazrul Hafiz memberikan taklimat berkenaan program NILAM sekolah kepada semua murid. Ini dengan harapan dapat memberikan kesedaran kepada murid tentang pentingnya budaya membaca dan budaya ilmu. Selain itu, NILAM juga sangat penting bagi pemarkahan murid-murid tahun 6 apabila PPSR dilaksanakan sepenuhnya nanti. Setiap murid perlu mencapai sekurang-kurangnya 360 bacaan bagi mencapai tahap NILAM dan mendapat Gred A. Dan ini tidak dapat dicapai jika mereka hanya memberi tumpuan di tahun 6, ia seharusnya dimulakan sejak tahap 1 lagi.  Semoga pembugaran ini akan mendapat sambutan semua pihak sama ada murid mahu pun guru demi memastikan NILAM kekal relevan dan mendapat tempat di hati murid-murid, serta berjaya mewujudkan budaya membaca. Bangsa membaca, bangsa berjaya..










No comments:

Post a Comment