Tuesday, November 14, 2017

HOUR OF CODE SK PEKAN JAYA 2017

Tarikh : 06 - 10 November 2017
Tempat : Pusat Akses SK Pekan Jaya

Kempen Hour of Code mendapat sambutan menggalakkan daripada murid-murid SK Pekan Jaya. Alhamdulillah majoriti murid telah berjaya mendapatkan sekurang-kurangnya 1 sijil HOC melalui aktiviti berunsur gamifikasi seperti Angry Bird, Star Wars dan Mine Craft. Walaupun pihak penganjur ada menyediakan hadiah kepada penyertaan terbanyak, namun kami tidak mensasarkan kedudukan tersebut memandangkan jumlah murid yang tidak ramai. Sememangnya, mana-mana pertandingan yang menyajikan hadiah bagi penyertaan teramai akan memberi 'advantage' kepada sekolah-sekolah yang muridnya ramai. Cukup pengalaman dijadikan taruhan, anugerah adalah bonus saja..bukan sasaran utama kali ini..murid seronok, cikgu gembira..dan proses pembelajaran berlaku..Semoga di masa-masa akan datang pihak penganjur dapat memberi tumpuan kepada penganjuran aktiviti melalui penilaian kualiti ataupun jumlah penyertaan tanpa mengambil kira jumlah murid supaya semua mendapat peluang sama rata..






























































1 comment: