Wednesday, October 11, 2017

GOTONG-ROYONG WARGA SK PEKAN JAYA & GOTONG-ROYONG PERDANA SK PEKAN JAYA 2017

Tarikh : 27.09.2017 (3.00 ptg – 6.00 ptg)
              30.09.2017 ( 8.00 pagi – 12.30 tengahari )

Gotong-royong dalaman diadakan pada hari Rabu. Aktiviti yang dilakukan seperti mengecat tembok pagar sekolah, dinding bilik khas serta membaikpulih kolam ikan hiasan yang sudah retak. Selain itu kerja-kerja mengindah dan menaik taraf tangga-tangga utama turut dijalankan. Tahniah dan syabas atas usaha berterusan dan komitmen yang tinggi dalam kalangan seluruh warga SK Pekan Jaya.


Gotong-royong Perdana melibatkan murid dan ibu bapa dilaksanakan pada hari  Sabtu di mana perkhemahan bersepadu murid tahun 6 masih berlangsung. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti mengecat dinding-dinding utama dan pagar, memasang wallpaper, menaikkan bunting dan banner, mengemas kelas dan bilik-bilik khas serta menanam dan menyusun pokok-pokok bunga. Kerja-kerja mengindahkan persekitaran sekolah ini sebagai suatu usaha berterusan bagi memastikan kelestarian dan keindahan sekolah sentiasa terpelihara di samoing sebagai persediaan menyambut jemaah nazir yang akan hadir bagi Program Sekolah Inspirasi minggu berikutnya. Terima kasih kepad para ibu bapa yang hadir dan turut menyumbang idea dan tenaga dalam menjayakan gotong-royong kali ini.








 
 



 





 












No comments:

Post a Comment