Monday, August 14, 2017

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SK PEKAN JAYA 2017

Tarikh : 14 Ogos 2017
Masa  : 7.30 - 8.30 pagi
Tempat : Dataran Bestari

Sambutan Bulan Kemerdekaan SK Pekan Jaya telah berjaya dilancarkan dengan gemilangnya pada tanggal 14 Ogos 2017. Tahniah kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana yang telah merancang dan memastikan pelaksanaannya berjalan dengan begitu lancar dan mendapat sambutan semua. Tema hari kemerdekaan tahun ini Negaraku Sehati Sejiwa. Semoga semangat kemerdekaan ini dapat dihayati dan dijelmakan dalam kehidupan seharian warga SK Pekan Jaya. Kemerdekaan bukan hanya kuatnya laungan merdeka, bukan juga semata pada banyaknya kibaran bendera serta bukan juga pada warna-warna pakaian kita..tapi merdeka adalah pada jiwa dan semangat cintakan agama, bangsa dan negara.
Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!



 Bacaan ikrar memulakan majlis..



 Nyanyian lagu kebangsaan, lagu negeri Pahang, lagu sekolah, lagu Aku NegaraKu 
dan lagu 1 Malaysia.





 Ucapan Guru Besar



 Gimik perasmian.







 Rasmilah sudah Sambutan Bulan Kemerdekaan SK Pekan Jaya 2017..






 Persembahan syair dan deklamasi sajak oleh Cikgu Saffiyah dan Muallimatun Azean..




 Persembahan koir oleh murid 4 dan 5 Intelek.


 Deklamasi sajak oleh adik Samier Hazieq dan Nur Damia Insyirah.




 Nyanyian beberapa buah lagu patriotik.







 Laungan kemerdekaan penuh semangat diketuai oleh GPK Kokurikulum Tn Syed Mohd Lutfi

 Sesi fotografi..macam biasalah.. 


No comments:

Post a Comment