Wednesday, May 17, 2017

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SK PEKAN JAYA 2017

Tarikh : 16 Mei 2017
Masa   : 7.45 pagi - 1.45 ptg

Alhamdulillah selesai sudah sambutan hari guru peringkat sekolah pada tahun ini. Sambutan yang sederhana tapi meriah. Buat tahun ke 2 sambutan hari guru disambut dengan tema yang khusus. Tema tahun ini ialah Kesultanan Melayu Melaka, maka pelbagai jenis pakaian tahun 1400an diperagakan guru pada sambutan kali ini. Tahniah Kelab KGKT atas penganjuran yang cemerlang dan seluruh warga SK Pekan Jaya yang turut sama mengurus dan memeriahkan hari istimewa ini. Sememangnya ia bolehlah dikira sebagai hari syok sendiri guru-guru...tapi apapun belasah sajalah. Yang penting guru gembira...murid ceria dan ada juga unsur-unsur didik hibur dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan...

Klip rakaman semua persembahan sempena program ini boleh dilayari melalui Youtube dengan pautan link di bawah...


 Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ketua Murid Raees Mirza..






  Raja-raja Melayu dan para pembesar turut mengaminkan doa yang dipohon..

 Makhdum Saiyid Abdul Aziz...penasihat agama Sultan Melaka..kihkih
 GPK Pentadbiran Pn. Azizah membacakan perutusan KPPM.. 

 Pengacara majlis Pn. Ramiza..


 Guru Besar menyampaikan perutusan Menteri Pendidikan..



 
 Bacaan ikrar guru diketuai oleh GPK Kokurikulum Tn Syed Lutfi AKA Sultan Mahmud


 Nyanyian lagu Guru Malaysia dan Lagu Guru Pembina Negara Bangsa..

 Acara memotong kek..
 Spesis yang hampir pupus di SK Pekan Jaya...guru dan staf lelaki



  


 Jajahan Langkasuka
 Jajahan Gangga Negara
Jajahan Majapahit
Biarpun namanya hari guru..namun guru kena bertugas dan 
pulun macam biasa untuk menjayakannya...


 Sekolah juga menerima sumbangan kek dari pihak Bank Rakyat..


 Acara menganyam ketupat...

 Ketupat paling banyak siap dalam tempoh 10 minit..






 Jangan kata abang tak kipas hokeeyyy...


 Acara Musang Berjanggut...mengasingkan rempah ratus..siapa siap dulu juara..



 Sebahagian AJK PIBG yang dijemput bagi menghakimi pertandingan..



 Acara boling kepala...aik..boling kelapa...














 
 Acara bertukar-tukar hadiah...tahun ini ditetapkan nilaian RM50

 Penyampaian hadiah bagi acara yang dipertandingakan..





No comments:

Post a Comment