Friday, January 20, 2017

PROJEK 1 PENSEL THR GEGAR PERMATA PANTAI TIMUR DI SKK SK PEKAN JAYA 2017



Tarikh : 20 Januari 2017
Masa  :  8.30 pagi
Tempat : Dataran Bestari SKK SK Pekan Jaya

Mungkin ramai yang tidak perasan kepentingan sebatang pensel. Tahukah anda betapa besarnya peranan dan nilai sebatang pensel yang harganya bermula serendah RM0.80 ketika ini? Pensel merupakan sebatang alat tulis yang paling penting sebagai permulaan pembelajaran bagi setiap murid. Kadangkala, kerana hilang dan kehabisan pensel menjadikan sesuatu kerja seorang murid itu tertangguh.

THR Gegar telah melancarkan Projek 1 Pensel ini bersama barisan penyampai radio mereka seperti Shah, Zura, Suzana, Nasa, DJ dan Nazz. Antara yang turut memeriahkan lagi majlis pelancaran tersebut adalah para artis tempatan seperti Altimet, Eyza Bahra, Aishah Bujang, Najwa Latif, Twinnies, Syuhada, Zahid AF, Eddie Hamid, Encik Mimpi, Nahu & Qya, Lawa Nie Geng dan Khai Bahar. Para artis yang menghadirkan diri pada majlis itu turut memberikan sokongan serta pujian terhadap inisiatif THR Gegar dalam melaksanakan ‘Projek 1 Pensel’.

Menurut Pengurus Kandungan THR Gegar, Nadira Azizan “ Objektif ‘Projek 1 Pensel’ ini adalah untuk memudahkan proses pembelajaran setiap murid dengan membantu mereka untuk menyediakan keperluan asas dan secara tidak langsung menggalakkan para pendengar THR Gegar untuk berbuat kebaikan walaupun dengan modal yang kecil sahaja. Sumbangan sebatang pensel ini boleh disumbangkan oleh seluruh rakyat di Malaysia tanpa mengira perbezaan latar belakang. Seterusnya, sumbangan boleh dilakukan dengan menyumbangkan sekurang-kurangnya satu pensel setiap seorang bermula hari ini (1 sehingga 31 Disember 2016). Misi THR Gegar adalah untuk mengumpul sebanyak 100, 000 batang pensel untuk diberikan kepada 100 buah sekolah di seluruh Pantai Timur.

Alhamdulillah SKK SK Pekan Jaya terpilih antara 100 buah sekolah yang dikunjungi oleh team THR Gegar yang diwakili oleh DJ Shah dan DJ Anna untuk diserahkan 1000 batang pensel untuk murid-murid sekolah ini. Terima kasih THR, semoga ianya menjadi amal jariah yang dterima oleh Allah Taala serta mendapat balasan yang baik di sisiNya.




















No comments:

Post a Comment