Tuesday, September 13, 2016

PEMILIHAN TOKOH NILAM DAN KHEMAH MEMBACA PERINGKAT NEGERI PAHANG 2016

Tarikh   : 05 - 08 September 2016
Tempat : BTPN Pahang
Pencapaian  Kontinjen Pekan :

1. Tempat Ketiga Kategori Bahasa Melayu - Raees Mirza bin Asrul Afyndy (  SK Pekan Jaya )
2. Tempat Keempat Kategori Bahasa Inggeris - Ammar Zeyad bin Nazrul Hadi ( Sk Seri Terentang )

Setelah menyandang Tokoh Nilam Daerah Pekan Tahun 2016, kedua-dua tokoh Nilam Daerah ini berkampung di BTPN Pahang selama 4 hari 3 malam bagi pemilihan tokoh Nilam Negeri Pahang. Kedua-duanya mempamerkan persembahan yang baik dan berjaya terpilih sebagai Top 5 dalam Negeri Pahang. Ia adalah penyampaian yang sangat memberansangkan bagi daerah Pekan pada tahun ini di mana semua calon daerah Pekan berada dalam Top 5 kategori sekolah rendah dan menengah. Di bawah ialah bingkisan sepanjang pemilihan Tokoh Nilam dan Khemah Membaca.

Raees Mirza : Tokoh Nilam Bahasa Melayu Daerah Pekan 
( SK Pekan Jaya )
Ammar Zeyad : Tokoh Nilam Bahasa Inggeris Daerah Pekan 
( SK Seri Terentang )
Bersedia menghadapi cabaran Pemilihan Tokoh Nilam.. 


Program lawatan ke Petrosains, KYP dan Maahad Tahfiz Negeri Pahang.. 


 Aktiviti Khemah Membaca
Lawatan ke Petrsains 
 Bersiap sedia untuk aktiviti Penulisan Esei
 Pekan berjaya membawa pulang 4 tempat 
Top 5 Peringkat Negeri Pahang 2016..
SKPej, SKST, SBPI dan SMK Ahmad
Tahniah dan Syabas
Tempat Ke 3: Raees Mirza 
Tempat Keempat : Ammar Zeyad 



Cikgu Rosli Fasilitator Program Khemah Membaca, GPM dari SK Seri Terentang..

Kontinjen Pekan 2016 
 Raees dan Ammar..Program ini menemukan semula kedua orang murid yang pernah menjadi kawan baik sejak Pra Sekolah sehingga tahun 3 sebelum Ammar bertukar ke 
SK Seri Terentang pada awal 2015.
Raees pernah menggondol Johan Bercerita Pra Sekolah Peringkat Kebangsaan 2011
dan Ammar dinaobatkan Personaliti Unggul Pra Sekolah SK Pekan Jaya pada tahun yang sama.
Bersama Ustazah Siti Fatimah, Guru Pengiring Daerah Pekan.. 
Bersama Cikgu Hazrul Hafiz (SK Pekan Jaya) dan Cikgu Rosli ( SKST)
Kedua-duanya merupakan GPM dan Fasilitator Khemah Membaca...tahniah semua .

1 comment:

  1. Tahniah Raeess Mirza & Ammar Zeyad.. Teruskan kecemerlangan anda..

    p/s: Comel je tengok kamu berdua ;)

    ReplyDelete